Pengalaman sewa rumah di Korea.
Pemandangan salji dari tingkap rumah, Disember 2017. Annyeong! Kalau korang biasa tengok Kdrama, mesti korang perasan orang Korea tekan-tekan nombor dekat tombol pintu untuk masuk ke rumah. Kebanyakan rumah mereka dilengkapi dengan pintu elektronik, dimana anda mesti memasukkan password untuk masuk ke dalam rumah. Di dalam rumah terdapat interkom untuk melihat tetamu yang datang. Macam Lisa ada telefon saja, biasalah rumah bajet rumah. Lisa nak kongsi pengalaman menyewa rumah di Incheon 4 tahun lepas. Kenapa Incheon? Sebab aku lebih selesa duduk di tempat yang kurang sesak dan sewa pun tak mahal macam di Seoul. Pintu dari dalam. Cara-cara menyewa rumah di Korea: Cari signage Budongsan ~ 부동산 (Real Estate Office). Budongsan ( 부동산) ini adalah ejen yang...