Hatyai Penutup Trip Indochina

Pemandangan cantik berdekatan dengan Hatyai Cable Car

Stesen Keretapi kat Hatyai Junction berdekatan dengan Restoran Rahmatullah milik abang Rusdi, 
jalan 6 minit dah sampai. Restoran ni bersebelahan dengan Intertop Express, pejabat tiket bas Express dari Hatyai ke Malaysia dan tour di Hatyai. Aku first time turun Hatyai guna bas Intertop dan dari sini aku kenal abang Rusdi. Pergi Hatyai hari tu pun sewa kereta dengan dia tour di Songkhla. Tiket balik ke KL kami naik bas Alisan dekat-dekat sini juga pejabat dia. Kalau korang nak guna khidmat tuk tuk atau van boleh contact abang Rusdi, boleh dipercayai. No worries dia boleh cakap Melayu.

Hari ini tak banyak jalan sangat sebab kami dah pernah ke Hatyai, cuma pergi ke tempat yang tak sempat cover hari itu. Hatyai sebenarnya lebih kepada tempat makan. Kalau nak bergambar kena pergi kat area Songkhla dan banyak aktiviti boleh dilakukan macam pergi shooting range, naik kuda di Samila Beach etc.

Kami book grab je untuk explore tempat di Hatyai dan tambang sekitar RM8 - RM13 bergantung kepada kawasan. Antara tempat yang kami pergi hari ini adalah Wat Hat Yai Nai, Hatyai Cable Car & Lee Gardens. Kami gerak secara santai je sebab badan masing-masing letih dan cuaca panas membuatkan kami tak betah berada di luar.

Wat Hai Yai Nai

Patung sepanjang 35 meter.
Patung Buddha baring yang terbesar di Selatan Thailand dan ia sepanjang 35 meter berbaring di atas pavilion. Tak masuk dalam dan hanya ambil gambar dari luar. Kami hanya mengambil masa 15 minit sebelum ke tempat lain.

Hatyai Cable Car.

Hatyai Cable Car
Book grab dari Wat tadi dan dia terus hantar sampai ke atas. Hari tu aku kena naik shuttle bas sampai ke atas (tempat tengok view). Kalau nak tengok satu view Songkhla dari atas boleh naik kereta kabel. Tapi aku skip je sebab malas nak beratur beli tiket. Tengok dari sini pun dah cun. Cable Car akan lalu kuil kat atas bukit dan setiap kereta kabel yang turun akan disambut dengan mercun.

Time ini view lagi cun dari tahun lepas sebab ada bunga-bunga. Mencabar juga ambil gambar cuaca panas macam ni, tapi demi gambar cantik kugagahkan jua. Dah siap book grab ke destinasi terakhir iaitu Lee Gardens.

Lee Gardens

Tempat shopping dan makanan halal.
Satu tips kalau nak book hotel kat Hatyai, pilih hotel kawasan Lee Gardens. Kawasan ni merupakan salah satu tarikan pelancong dan banyak kedai makanan halal serta tempat shopping yang korang boleh kunjungi. Atmosfera dia macam pergi Myeongdong di Korea. Tempat terakhir sebelum ke restoran tadi.

Nasi putih dengan seafood.
Walaupun masih awal lagi, tapi kami prefer untuk lepak di restoran untuk menunggu bas. Dengan cuaca panas dan takde tempat nak pergi, so better tunggu di dalam kedai. Lepas makan tengahari baru kami gerak ke stesen bas untuk bas Alisan. Satu tips kalau naik bas express di Hatyai, korang kena ada di kaunter tu sejam sebelum departure time. Sebab bas biasanya tak ambil penumpang di depan pejabat tiket bas dan dia akan tunggu di tempat jauh sikit dari pejabat. Korang akan naik tuk tuk untuk ke tempat bas. Hari ini sebab orang terlalu ramai kena tunggu second trip tuk tuk ke tempat bas tu.

Comelnya bas ni.
Hari ini delay sedikit sebab traffic jam, semua orang balik dari raya cina. Tuk tuk trip kedua pun lambat sampai nak pickup kami. Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan kami dah bersedia untuk balik ke tanah air.

Sepanjang perjalanan aku tak dapat nak tidur dengan baik sebab badan dah terlalu penat. Menempuh perjalanan mencabar dalam masa 4 hari sudah tentu akan memenatkan badan tapi banyak pelajaran yang kami dapat sepanjang trip ini. Kami dapat banyak tips dari orang local, jumpa port shopping bundle dan jumpa kawan baru.

Kembara Indo-China kami kali berjaya dan nantikan kembara seterusnya selepas virus Korona ini reda. Sama-sama kita doakan supaya virus ini segera hilang dan semua pesakit sembuh.

Amin.

Kos:

Breakfast: 165 B

Grab ke Tiga Tempat di atas: 367.50 B/pax

Lunch: 65

Tiket Bas Hatyai - KL: RM100 (beli melalui BusOnlineTicket.com).












Comments

  1. Wow!!!!!!! Nampak gaya nyer byk tempat2 menarik yg boley melawat di Hatyai. Baca post you nie buat I tringin sgt nak gie Hatyai. I really wanna ride the cable car. Good post and your pictures are awesome.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup banyak..hatyai untuk makan & songkhla utk aktiviti & tangkap gambar. i tak siap lagi story utk hatyai

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman sewa rumah di Korea.

Pakaian Ikut 4 Musim di Korea

Kat Mana Halal Jajangmyeon?