Trip Indochina: Poipet ke Bangkok


Rasa segar lepas mandi. Tak sabar nak makan sebab penat pusing-pusing kat Angkor Wat. Kami makan di The Siem Reap Halal Backpackers, restoran milik abang Nasir. Makanan Melayu, Kemboja, Thailand dan Vietnam ada kat sini. Jangan bimbang restoran ini dimiliki oleh orang Melayu dan halal toiyyiban.

Antara menu-menu yang terdapat di restoran. 

Cover menu dia kemain!
Makan besar sebelum gerak ke Poipet
Aku order fish amok dan tomyam merah. Tak bestlah kalau tak rasa makanan tempatan. Fish amok ni sama macam masak lemak ikan. Member pula order sambal sotong dengan tomyam putih. Makanan kat sini boleh tahan mahal, tapi sesuai dengan kuantiti yang banyak. Kalau order lauk-pauk dapat air percuma dan nasi tambah. Akak ni bagi kami makan roti (tak tahu nama apa), jadilah buat alas perut.

Bila order dah sampai masing-masing terkejut sebab portion makanan besar gila. Siapa suruh tamak haloba order banyak lauk. Teksi kami dah sampai depan kedai dan dia tunggu kami sampai habis makan baru gerak ke Poipet.

Poipet ni merupakan bandar bersempadan dengan bandar Aranyaprathet, Thailand. Bandar ni popular dengan kasino. Ramai orang Thailand masuk untuk berjudi di Poipet. Selain itu untuk anda yang suka shopping bundle murah-murah boleh tengok-tengok kat pasar kawasan sini.

Dah sampai Poipet, masa untuk cop pasport.
Kalau ikut plan asal, aku seboleh-bolehnya nak avoid lalu Poipet disebabkan oleh negative review yang aku baca dari banyak blog. Tapi disebabkan tiket bus ke Bangkok dah habis, maka aku ada option ni je untuk sampai ke Bangkok. Korang kalau nak lalu Poipet pastikan anda tak solo dan elakkan pergi waktu malam sebab ramai scammer. Aku baca dari blog ramai kena bayar pengeras nak ke border. Ada yang kena pau 1 USD nak keluar dari immigresen Kemboja dan ada yang kena 100 baht nak masuk Thailand. Itu menambah lagi kerisauan aku.

Perjalanan nak ke Poipet mengambil masa selama 3 jam. Kami share duit teksi 35 USD. Kalau ramai mungkin tak terasa kot sebab kami berdua je terasa la mahal. Kalau korang tak rushing boleh naik bas pagi ke Poipet hanya 9 USD tapi ada waktu pagi je. Tren dari Aranyaprathet ke Bangkok ada dua kali je pukul 6.50pagi dan 1.55 petang. Dalam 5-6 jam juga nak sampai ke Bangkok. Bas ke Bangkok pula last dalam pukul 3.30 petang. Korang kena pandai mengatur masa dan kalau tak sempat boleh tidur kat hotel berdekatan dengan Aran. Kami sangat rushing nak sampai ke Bangkok cepat sebab tiket balik Malaysia dari Hatyai pada 27hb dan 26hb kami kena naik keretapi dari Bangkok ke Hatyai.

Ini jadual perjalanan tren dari Aranyaprathet je Bangkok:


Driver akan turunkan kat Immigresen Poipet pastu korang kena jalan kaki ke Immigresen Thailand di Aranyaprathet atau nama pendek, Aran. Tapi jangan risau jarak dari Poipet ke Aran 200m je. Sampai kat kaunter immigresen kena beratur kat luar sebab pejabat dia kecil je. Kalau terkena time orang ramai mau terbakar sis berdiri di luar panas-panas terik. 

Bila korang sampai kat kaunter ni buat relaks dan tegas. Jangan bayar apa-apa dengan sesiapa dan tak perlu isi borang sebab orang immigresen cuma nak cabut arrival card kat passport pastu dah boleh masuk ke Thailand dengan selamat. Ingat ya tak perlu hiraukan orang yang duk jual servis nak cop pasport, kita nak keluar dari negara dorang so tak perlu nak isi borang. Aku nampak orang Kemboja tu beli borang  untuk keluar ke Thailand padahal terang-terang kat kaunter tulis tak perlu bayar apa-apa. Aku mula-mula cuak gak kenapa dorang semua ni kena bayar dan lepas confirmkan dengan orang tu tak payah bayar.

Lepas dah settle immigresen Kemboja, jalan 200m pastu masuk ke Immigresen Thailand di Aran. Ikut signboard ke Thailand pastu nanti lalu kasino. Pastu terus je dan belok kanan. Takkan sesat la sebab boleh nampak bendera Thailand dari jauh. 

Tempat kegemaran orang Thailand.
Dah sampai kat Aran,  korang isi borang ketibaan dan naik ke atas untuk pemeriksaan imigresen. Lagi sekali tak perlu bayar apa-apa ya. Pelik celah mana tourist yang kena 100 baht nak lepas sempadan, kami tak kena duit pun. Dalam pukul 4.30 petang kami dah sampai kat Aran. Sejam juga berbaris kat immigresen sebab dua kaunter je buka dan orang pula ramai. Nak tercabut lutut aku menunggu, nasiblah ada member boleh borak hilangkan kebosanan. Tak sangka kami boleh jumpa orang Malaysia kat sini. Kawasan ni memang rare dan jaranglah orang Malaysia nak pergi sini sebab takde tempat menarik pun melainkan kasino.
 
Akhirnya sampai di Aran.

Alhamdulillah selepas sejam berbaris kami berjaya masuk ke Thailand. Perjalanan masih jauh lagi sebab kena naik tren ke Bangkok. Sekarang ni kena cari penginapan kat area sini. Kami jalan-jalan nak check lokasi sebenar tren so esok pagi tak kalut nak cari sampailah kami nampak 7-E. Aku pun cuba nak tanya orang 7-E kat mana stesen keretapi tapi dorang tak reti English. Sekali lagi ayam dengan itik bercakap, kena guna Google Translate untuk communicate. Pastu aku tanya kalau ada bas lagi tak ke Bangkok sekarang. Tengah tanya tu tiba-tiba ada orang Melayu tegur kami.

“Adik nak pergi Bangkok ke? Meh ikut saya. Bas tengah tunggu tu. Biasa masa ni bas takde dah. Tapi hari ada pula. Kalau nak ikut mehlah.” Kata abang tu.

Kami ok je dari nak bermalam kat area sini, bukan ada apa pun. Brader tu suruh kami tunggu kat luar jap dan kami follow dia naik bas ke Bangkok. Memang rezeki la hari ni pasal bas ke Bangkok last jam 3.45pm. Bas lambat mungkin sebab raya cina. Brader tu buka kedai bundle kat Kelantan dan dia kata ramai orang Melayu shopping barang bundle kat area sini.

Majoriti orang Cina balik lepas berjudi kat Poipet.

Alhamdulillah bertemu dengan orang tepat. Tambang bas ke Bangkok 300 Baht dan kami duduk seat atas (bas dua tingkat). Seat selesa sebab jarak kaki luas. Perjalanan ke Bangkok ambil masa 4 jam dan abang tu pelawa kami ikut dia kat Bangkok dan dia akan tolong carikan hotel untuk kami. Setakat ini perjalanan kami sangat mencabar dan jumpa orang-orang baik. 



Bersama abang Zakir

Terina kasih kepada abang Zakir atas layanan terbaik sepanjang trip ini. Semoga dimurahkan rezeki. Sesiapa nak pakai khidmat tuk tuk dia boleh mesej sis ya.

Kos:

Teksi dari Siem Reap ke Poipet = 35USD (sewa satu teksi).
Bas dari Aranyaprathet ke Bangkok = 300 Baht


Bersambung...

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pakaian Ikut 4 Musim di Korea

Pengalaman sewa rumah di Korea.

Kat Mana Halal Jajangmyeon?