10 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum ke Australia

Sebut sahaja Australia, pasti akan terbayangkan kanggaru dan koala bukan?

Tahukah anda imigresen Australia amat ketat bagi melindungi rakyat dan negara mereka. Jika anda berhasrat untuk melancong ke sana, beberapa perkara di bawah ini dapat membantu anda.

1. Produk berasaskan tenusu dan daging dilarang ke Australia.

Memasak dapat menjimatkan ketika travel namun jangan sesekali membawa masuk susu dan daging ke Australia. Jika tertangkap, makanan kena buang dan didenda $300.

2.Declare semua barang yang anda bawa.

Tak kisahlah anda nak masak ayam masak merah, roti canai dan macam-macam lagi. Ingat, anda harus declare semua makanan dan barang yang anda bawa. Contoh jika bawa sardin, sambal ikan bilis, anda harus tanda YES pada ruangan “seafood”, “plant”. Lisa dah pernah kena bawa masuk sambal ikan bilis tak declare “plant”. Sebab cili itu adalah sejenis tumbuhan. Nak selamat, tanda semua “YES”.

3.Bawa duit secukupnya
Seboleh-bolehnya, bawa duit minimum $1000 ke negara mereka. Ini kerana banyak sangat kes pelancong menyalahgunakan visa pelancong dan berkerja di ladang.
Namun, ia juga bergantung kepada budi bicara dan amat jarang pihak imigresen memeriksa wang pelancong. (Kecuali jika mereka syak sesuatu). Biasanya bergantung pada berapa hari anda melancong, bagi Lisa $400 sudah memadai jika anda percutian anda kurang daripada seminggu.

4.Lesen antarabangsa

Perth merupakan satu-satunya negeri di Australia yang menggunakan pemanduan kereta sebelah kanan. Lesen Malaysia laku di sana. Namun, anda perlu menggunakan lesen antarabangsa jika pergi ke negeri lain di Australia.

5.Patuhi Undang-undang

Sekiranya anda memandu, sila patuhi semua peraturan lalu lintas dan mengikuti had laju. CCTV banyak digunakan bagi memantau pergerakan anda di sana. (terutamanya di Perth).

6.Varieti Makanan Halal

Makanan halal mudah didapati di Australia kerana terdapat pelbagai restoran kebab, Malaysia, Indonesia boleh ditemui di sana. Contoh makanan segera yang popular seperti Lord of Fries, KFC, Charchoal Chicken Express Daniella dan macam-macam lagi.

7. Soket Elektrik

Australia menggunakan soket 2 pin dan travel adapter adalah wajib dibawa.

8. Rakyat yang energetik dan peramah

Jika anda masuk ke mana-mana kedai anda akan disapa dengan begitu energetik. Sebagai contoh, “hey ladies, how are you doing today?”, “hey, whatsapp bro!” Bunyinya seperti peramah dan mahu memulakan perbualan, tetapi itu adalah sebahagian budaya mereka.

9.Pengangkutan awam yang efisien
Bas dan kereta api mempunyai jadual perjalanan tepat dan ia sangat membantu kepada orang ramai untuk merancang perjalanan. Terdapat juga bas percuma disediakan seperti di Perth yang membolehkan pelancong bersiar-siar di sekitar bandar. Tram percuma juga terdapat di Melbourne.

10.Hampir semua pasaraya ditutup pada pukul 5 petang.

Jika anda kaki shopping, pastikan anda merancang sebaiknya waktu untuk membeli-belah ini kerana kebanyakan mall di Australia akan ditutup pada pukul 5 petang. Pada hujung minggu dan cuti umum, selalunya pasaraya akan dibuka lewat sekitar 10 pagi.

Buat research dan rancang perjalanan anda sebaiknya sebelum memasuki Australia. Selamat jalan!

#tillthen

Comments

Popular posts from this blog

Pakaian Ikut 4 Musim di Korea

Pengalaman sewa rumah di Korea.

Kat Mana Halal Jajangmyeon?