First Time Rasa Winter di Korea


Anyeong!!!

Semalam baru habis outstation di KK dan mendarat di KLIA kira-kira jam 8 malam macam itu. Aku terus stay je di KLIA sebab pagi (+) esok flight ke Korea. Sebelum pergi outstation aku dah siap kemas bagasi ke Korea dan aku minta tolong ipar tolong hantarkan ke airport malam ini dan aku tukar beg yang aku pakai outstation, so tak payah aku susah2 nak balik Selayang pastu patah balik ke KLIA tak buang masa.


Dengan tak tidur malam, siap kerja terus gerak pergi Korea. Memang kerja aku membuta je sampai pramugari kejutkan aku makan.


Alhamdulillah akhirnya tiba di Korea dan aku terpaksa tunggu sejam untuk clear imigresen. Barisan panjang dengan kaunter pun buka sikit je. Semua pakai manual takda yang pakai gate pass macam di Singapore. 


Dah settle imigresen pergi beli topup dan gerak terus ke Hongdae untuk check in. Kenapa aku pilih Hongdae? Sebab dia punya subway direct terus ke airport, jadi tak payah nak tukar-tukar stesen. Kali ini aku dah bijak dan cukup persediaan, insyallah aku tak sesat seperti 2 tahun lepas masa nak cari guesthouse di Hongdae.


Oleh kerana ini kali kedua aku pergi Seoul, aku santai saja sebab banyak tempat aku dah cover 2 tahun lepas. So lepas unpacking aku pergi jalan-jalan di sekitar KTO dan Myeongdong. Di KTO ada pemeriksaan kulit secara percuma dimana dia akan scan kulit aku dan beritahu masalah-masalah kulit.


Yang mengejutkan aku hasil scanning itu mendapati kulit aku kering. Padahal kulit aku kombinasi kot. Mungkin sebab faktor cuaca menyebabkan kulit aku kering. Kepada sesiapa yang berhasrat untuk pergi ke Korea pada musim sejuk, pastikan anda memakai krim pelembap secukupnya dan minum air banyak untuk kekal hidrat.


Kemudian aku pergi ke Namsan Tower untuk cari balik mangga tertinggal (gurau je). Makan-makan jap sebelum gerak ke Myeongdong.


Jujurnya aku tak tahu nak cover apa lagi di Seoul since I have spent almost 2 weeks covering Seoul in two years ago. Aku nak shopping barang jualan je sebenarnya. 


Ok, setakat itu sahaja untuk hari ini, see you on next post!!


Selca depan cermin

Myeongdong!! 

Bergambar dengan awek Korea di KTO. 

Pekena kopi time winter 

My love from Namsan!! 

Comments

Popular posts from this blog

Pakaian Ikut 4 Musim di Korea

Pengalaman sewa rumah di Korea.

Kat Mana Halal Jajangmyeon?