Posts

Showing posts from February, 2020

Hatyai Penutup Trip Indochina

Image
Pemandangan cantik berdekatan dengan Hatyai Cable Car Stesen Keretapi kat Hatyai Junction berdekatan dengan Restoran Rahmatullah milik abang Rusdi,  jalan 6 minit dah sampai. Restoran ni bersebelahan dengan Intertop Express, pejabat tiket bas Express dari Hatyai ke Malaysia dan tour di Hatyai. Aku first time turun Hatyai guna bas Intertop dan dari sini aku kenal abang Rusdi. Pergi Hatyai hari tu pun sewa kereta dengan dia tour di Songkhla. Tiket balik ke KL kami naik bas Alisan dekat-dekat sini juga pejabat dia. Kalau korang nak guna khidmat tuk tuk atau van boleh contact abang Rusdi, boleh dipercayai. No worries dia boleh cakap Melayu. Hari ini tak banyak jalan sangat sebab kami dah pernah ke Hatyai, cuma pergi ke tempat yang tak sempat cover hari itu. Hatyai sebenarnya lebih kepada tempat makan. Kalau nak bergambar kena pergi kat area Songkhla dan banyak aktiviti boleh dilakukan macam pergi shooting range, naik kuda di Samila Beach etc. Kami book grab je untuk ex...

Pengalaman naik keretapi dari Bangkok ke Hatyai

Image
Sawadikaa Bangsue Station, 2 stop dari Chatuchak Market Bangsue Station HELLO!! Jadual perjalanan dari Bangkok ke daerah lain. Bermulalah perjalanan 16 jam untuk ke Hatyai. Aku dah tak sabar nak tidur atas tren sebab lately masa tidur terganggu. Tapi kena tunggu malam baru pasang katil. Aku duduk berdepan dengan makcik ni. Nak menyembang pun krik krik, pasal makcik ni tak reti bahasa Inggeris. Aku nyanyi lagu loy krathong kang terkejut makcik jemah ni. Hehehe.  Sianlah hang makcik dapat seat dekat dengan farang (foreigner). Aku main hentam Thai yang aku belajar sikit-sikit dari lakorn dan makcik ni pun ada ajar aku satu perkataan Thai iaitu "nam ron" yang bermaksud air panas. Ini disebabkan insiden kami nak order air panas dalam tren. Maka, makcik tu menjadi cikgu aku pada hari ini. Dapat satu perkataan baru hari ini. Makcik tu siap cakap asal perkataan nam maksudnya air. Tapi dia tak ajar pun tone naik ke turun ke mendatar. Hehehe. Pemandangan hija...

Sawadikaa Bangkok: Night Train Market & Chathucak

Image
“Dah nak sampai, bangun.” Suara abang Joe, brader yang ajak kami naik bas ke Bangkok mengejutkan aku dari lena. Kami dah bersedia untuk mulakan perjalanan ke destinasi seterusnya, Bangkok. Sebenarnya aku tak tau ke mana dia nak bawa, sebab kami memang follow dia je. Tapi dia ada cakap lepas turun nanti kena naik teksi pergi area market. Turun je dari bas, brader tu tahan teksi. Kami turun kat tepi jalan. Giler kentang betul trip hari ni. Abang Joe jenis tak berkira sebab bayarkan teksi dan belanja kami makan satay kat Night Market. Thanks abang Joe!!   Dia tunjuk gerai makanan halal kat market tu dan bawa kami kat kedai member dia. Member dia buka kedai bundle kat situ, orang Melayu juga. Aku pun ternanti-nanti bila dapat check-in hotel sebab nak tidur. Lepas rehat jap kat kedai, abang Joe suruh kami jalan-jalan sekitar pasar Malam ni dan balik kat kedai sebelum jam 12. Lepas tutup kedai nanti dia nak hantar pergi ke hotel. Best juga ronda-ronda Train Night Mar...

Trip Indochina: Poipet ke Bangkok

Image
Rasa segar lepas mandi. Tak sabar nak makan sebab penat pusing-pusing kat Angkor Wat. Kami makan di The Siem Reap Halal Backpackers, restoran milik abang Nasir. Makanan Melayu, Kemboja, Thailand dan Vietnam ada kat sini. Jangan bimbang restoran ini dimiliki oleh orang Melayu dan halal toiyyiban. Antara menu-menu yang terdapat di restoran.  Cover menu dia kemain! Makan besar sebelum gerak ke Poipet Aku order fish amok dan tomyam merah. Tak bestlah kalau tak rasa makanan tempatan . Fish amok ni sama macam masak lemak ikan. Member pula order sambal sotong dengan tomyam putih. Makanan kat sini boleh tahan mahal, tapi sesuai dengan kuantiti yang banyak. Kalau order lauk-pauk dapat air percuma dan nasi tambah. Akak ni bagi kami makan roti (tak tahu nama apa), jadilah buat alas perut. Bila order dah sampai masing-masing terkejut sebab portion makanan besar gila. Siapa suruh tamak haloba order banyak lauk. Teksi kami dah sampai depan kedai dan dia tunggu kami samp...