Trip Indochina: Hello Siem Reap

Setelah 8 jam duduk dalam van, akhirnya kami dah sampai ke Siem Reap.
Phewww...penat bak hang!!!
Nak massage!!!
Angkor Night Market, kawasan shopping dan makanan halal.

Kami dah sampai kat Stesen bas Mekong Express, aku pun usha-usha kaunter bas sini dan tanya bas ke Bangkok. Orang bas tu kata kalau nak pergi ke Bangkok kena pergi ke pekan untuk beli, kat sini cuma ada bas local sahaja. Lepas aku tanya dengan orang kaunter tu, terus ada sorang brader tuktuk tanya aku nak pergi mana, hotel kat mana dan ajak kiteorang naik tuktuk dia. Aku menolak dengan sopan je sebab aku dah book tuktuk menggunakan grab PassApp (macam grab) sebab aku baca dari blog pemandu tuktuk suka ketuk pelancong. Tapi brader tu macam tak faham bahasa dan nak juga tahu lokasi sebenar hotel kiteorang. 

Aku rasa rimas sebab aku dah cakap aku dah book tutkuk. Tapi dia tetap nak tanya macam-macam. Aku kena tetap berkeras tidak akan terpedaya dengan tipu helah brader tu. Satgi kami kena ketuk. Lepas 7 minit macam tu tuktuk yang aku book sampai. Tanpa melengah masa kami terus naik tuktuk tu. Jalan kat sini tak berturap dan berdebu. Jadi untuk fashionista tu tak payah gedik pakai kasut putih, kalau berdebu jangan kata akak tak payung. Pemandu tuktuk tu turunkan kami kat alamat salah dan silap kami juga sebab tak check. Sebab nama nak dekat-dekat sama. Tambang tuktuk 2 USD sahaja. Tak best tu kena menapak dan tanya orang untuk sampai ke hostel kami. Hostel betul-betul kat hujung dan sedikit terlindung dari hotel lain.


Sedap gak briyani.
Lepas dah check-in bilik masing-masing, kami pergi ke Angkor Wat untuk makan. Pekena nasi briyani je sebab kedai tu paling dekat dengan kawasan hotel. Lepas tu usha-usha market untuk tengok barang. Kat kawasan Pub Street ni banyak kedai menjual beg, baju dan makanan. Baju tshirt serendah 1USD pun boleh dapat, tapi tak banyak design. Beg-beg grade pun ada kat sini dan korang kena pandai tengok kualiti dan harga. Bagi aku murahlah bag dia. Untuk gegadis beg-beg dekat memang murah. Bayangkan beg rotan bulat yang pernah jadi trend hanya 10 USD je. Kalau convert pun masih murah kalau nak banding dengan harga kat Malaysia.


Beg rotan, cun tak???
Aku dah nampak beg rotan tu kat kedai first aku jumpa. Oleh sebab dorang tak reti cakap Inggeris, kita main tunjuk-tunjuk calculator je. So, aku teruskan lagi dan teruskan usha-usha tempat lain. Member sangkut dah beli bagpack, aku pula beli aiskrim gulung sambil-sambil tunggu member shopping. Dia nie jenis shopping macam perempuan, berejam kena tunggu. Lepas dah siap beli beg, aku punya turn pula nak pergi beli beg rotan. So, ak nak tanya harga beg je tapi akak tu sibuk nak turunkan beg dan siap push-push beli lagi. “Murah-murah, baru buka kedai. Untung sikit.” Bila aku cakap aku nak 10 USD, dia tak mau bagi padahal kedai first tadi takde paksa-paksa dan just bagitau harga. Aku kata tak mau dan aku nak blah. Member pula tak reti-reti nak blah, aku siap panggil dia. 

Sebab bagi aku kalau kedai tadi 10 USD kenapa aku perlu beli 12 USD. Betul tak kak ton? Sis tu nak juga harga 12 USD biarpun aku dah cakap aku tak bawa cash banyak dan perjalanan aku masih panjang. Bila dah cakap nak beli 2 beg pun dia tak mahu kurangkan harga. Aku cakap dengan member jom blah, akak tu dah buat muka tapi yang heran member tu tak reti-reti nak blah. Macam kena gam pula. Last-last akak tu pun surrender dan bagi 10 USD. Sebenarnya aku tak suka kena paksa beli sebab tu malas nak tanya harga. Ini tips penting tau kalau pergi ke Cambodia, kalau dah pegang barang dan tanya harga tapi tak beli, siaplah hangpa.

Balik hostel dengan hati gumbira sebab dapat beg rotan dengan harga murah walaupun rasa nak bergaduh dengan akak tadi. Niat nak simpan barang dan malam sikit baru nak pergi massage. Massage kat sini murah gila, 1 USD je. Sampai hostel baru nak book bus ke Bangkok dan dukacitanya bas dah penuh. Nak tak nak kiteorang kena sewa teksi ke Poipet (sempadan dengan Thailand) dan naik tren ke Bangkok. Seronoklah member dapat naik tren boleh buka tingkap. Tapi kalau boleh aku nak sampai ke Bangkok esok juga dan tak nak bermalam kat area border. Sebab lusa nak naik tren ke Hatyai takut rushing pula. Kiteorang gamble je la, apa nak jadi, jadilah. Kami borak dengan backpacker dari China dan Rusia. Member siap main snooker dengan dorang. Pas dah siap main snooker baru naik atas nak mandi dan bersiap pergi ke Pub Street.

Aku naik atas konon nak mandi la, haram ada orang guna bilik air sampai 20 minit. Last-last memang tak sempat la nak pergi massage. Borak jap pasal planning esok dan lepas tu terus tidur sebab esok kena bangun awal pagi nak kejar matahari terbit.

Belanja gambar ya...


Ais krim gulung 2.50 USD

T-shirt paling murah sis nampak.

Khusyuk abang ni menggulung ais krim.

Member shopping bag.

Kolam kat hostel kami.
Kos:

Bas dari Phnom Penh ke Siem Reap = Rm47 (book online melalui bookmebus.com)
Ais krim gulung = 1 USD
Beg rotan = 10 USD
Makan = 7 USD
Female Dorm = RM11 (book melalui booking.com)


Bersambung...

Comments

Popular posts from this blog

Pakaian Ikut 4 Musim di Korea

Pengalaman sewa rumah di Korea.

Kat Mana Halal Jajangmyeon?