Posts

Showing posts from October, 2016

Minum Kopi Seikhlas Hati

Image
Annyeong~~~ Zaman gawat menyebabkan kita berjimat cermat. Lisa nak share satu rahsia kepada si penggemar kopi tegar untuk mendapatkan kopi sedap dengan bayaran seikhlas hati. Pelik, Lisa tak pernah dengar lagi bayaran seikhlas hati melainkan rawatan perubatan islam. Promosi "Pay As You Wish" hanya untuk kopi sahaja. Minuman selain kopi dikenakan harga normal iaitu sekitar RM10++. Pastikan anda berbaris pada line betul dan anda akan diminta untuk masukkan nama dan pilih kopi kegemaran pada ipad tersedia di kaunter. Anda boleh membayar seikhlas hati (kos secawan kopi adalah RM5) dan terpulanglah anda mahu membayar pada harga rendah atau tinggi. Setiap orang hanya dibenarkan untuk order secawan kopi sahaja. Terima kasih kepada kaki viral Rizal Hakimm, Lisa menemui cafe Urban Republic di Mid Valley. Alamat adalah pada gambar di bawah~~~ #tillthen #bye

Cantik Persis Selebriti

Image
Annyeong... Muka Lisa burnt sejak balik dari negara kanggaru. Tapi tak sempat nak buat facial untuk mencerahkan kulit semula. Kebetulan pula, baru-baru ini Lisa berpeluang mendapatkan rawatan muka percuma untuk collagen lifting. First step sebelum mendapatkan rawatan, staff Celebrity Spa akan menganalisis jenis kulit dan kandungan air dalam kulit. Selepas itu, barulah mereka menentukan jenis rawatan dan bahan yang bersesuaian dengan kulit. Lisa buat rawatan 5 in 1 (nano mist+extra serum+eye collagen mask + extra facial mask+free neck whitening mask). Jenis kulit Lisa berminyak dan mask coklat kurang sesuai kerana ia akan menambahkan jerawat pada muka. Treatment still the same, cuma tukar ramuan mask itu sahaja. Seronok buat facial treatment, cuma kena tahan sikit time steam muka. Wap-wap tu bila masuk ke dalam hidung, memang perit sikit. Itu pun belum keluarkan whitehead. Sakit sangat. Beauty is pain katanya. Rasa best bila bahu diurut. Muka Lisa dah putih semula dan semua wh...

Charming Doctor HongHongHong come to KL!

Image
Annyeong... Ramai gegadis di Malaysia berjaya disembuhkan dengan kehadiran Doktor cinta Mr Kim Rae Won! Siapa yang tak kenal dengan jejaka berkarisma, tampan dan bergaya, popular menerusi drama Doctor yang disiarkan di Astro OneHD saluran 393. A Date With Kim Rae Won itu diadakan di Pavilion dan peminat mula menunggu sekitar jam 3 walaupun event itu bermula pada jam 7.15petang. Lautan manusia mulai membanjiri Pavilion mulai jam 6 semata-mata untuk menonton aktor kegemaran mereka. Artis itu tampil berpakaian blazer biru gelap dan kasut sukan putih, iaitu kasut yang sering digunakan dalam drama doctors. Jeritan gegadis dapat didengari memecah kesunyian Pavilion kerana berpeluang bertemu secara live dengan Doktor Hong Hong Hong. Pengalaman berasak-asak dalam lautan manusia amat memeritkan dan rasa panas tidak dihirau asalkan dapat bertemu dengan OPPA. Beberapa peminat bertuah dapat berinteraksi dan bergambar dengan Kim Rae Won di atas pentas. Lisa kurang bernasib baik dan hanya d...

Jom Churros

Image
Annyeong... Ola senorita!Lepas makan churros terus pandai cakap Sepanyol. Lately, churros semakin dekat di hati Malaysia. Lisa terjebak dengan churros sebaik sahaja balik dari Melbourne beberapa tahun lepas. Back then susah nak dapat churros dan cuma ada di tempat tertentu. Nak dijadikan cerita, Lisa teringin sangat nak makan churros. Balik KL dijemput pula untuk food review churros. Rezeki woi! Untuk anda yang gemarkan churros, jom churros di Street Churros One Utama. Why Street Churros? Street Churos, rangkaian francais dari Korea memecahkan tradisi churros seharusnya lurus dan dicicah dengan coklat. Malah, ia menampilkan varieti dengan churros berbentuk ladam kuda, pilihan dip seperti blueberry, strawberry, chocolate & cream cheese, filling churros serta kombinasi aiskrim & churros. Churros cinnamon merupakan signature Street Churros dan jika anda mahukan kelainan, nikmati churros berintikan coklat/blueberry/creamcheese. Rasa panas? Sejukkan te...

Diari Perth Musim Bunga

Image
Ringkasan perjalanan Frau Lisa di Perth Hari Pertama 22 September Merehatkan badan kerana sampai di City agak lewat. Hari Kedua 23 September Bangun makan tengahari dan berjalan-jalan di sekitar City. Lisa bersiar-siar di Kings Park bersama rakan-rakan (tempat Lisa menumpang rumah semalaman). Member hantar balik backpacker dan bermulanya story travel Lisa ke Perth. Lisa hanya berjalan-jalan di sekitar city iaitu di Myer, Hay Street & Murray Street. Backpacker yang Lisa duduk betul-beteul terletak di CBD, 7 minit daripada Stesen Keretapi Perth & Underground Perth, so agak mudah untuk Lisa bergerak ke mana-mana. Hari Ketiga 24 September Sesat mencari dimana letaknya Corica Pastries, iaitu kedai pastry yang memang diminati oleh pelancong. Sebabnya, tarikan apple strudel panjang kemain. Rasa sedap, kenyang makan seminggu. Kedai terletak di Aberdeen Street, Northbridge (kedai perfume & good Sammy dekat dengan sini dah). Lepas pekena Apple Strudel, mehlah...

10 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum ke Australia

Image
Sebut sahaja Australia, pasti akan terbayangkan kanggaru dan koala bukan? Tahukah anda imigresen Australia amat ketat bagi melindungi rakyat dan negara mereka. Jika anda berhasrat untuk melancong ke sana, beberapa perkara di bawah ini dapat membantu anda. 1. Produk berasaskan tenusu dan daging dilarang ke Australia. Memasak dapat menjimatkan ketika travel namun jangan sesekali membawa masuk susu dan daging ke Australia. Jika tertangkap, makanan kena buang dan didenda $300. 2. Declare semua barang yang anda bawa . Tak kisahlah anda nak masak ayam masak merah, roti canai dan macam-macam lagi. Ingat, anda harus declare semua makanan dan barang yang anda bawa. Contoh jika bawa sardin, sambal ikan bilis, anda harus tanda YES pada ruangan “seafood”, “plant”. Lisa dah pernah kena bawa masuk sambal ikan bilis tak declare “plant”. Sebab cili itu adalah sejenis tumbuhan. Nak selamat, tanda semua “YES”. 3. Bawa duit secukupnya Sebol...