Diari Perth Musim Bunga
Ringkasan perjalanan Frau Lisa di Perth
Hari Pertama 22 September
Hari Kedua 23 September
Bangun makan tengahari dan berjalan-jalan di sekitar City. Lisa bersiar-siar di Kings Park bersama rakan-rakan (tempat Lisa menumpang rumah semalaman).
Bangun makan tengahari dan berjalan-jalan di sekitar City. Lisa bersiar-siar di Kings Park bersama rakan-rakan (tempat Lisa menumpang rumah semalaman).
Member hantar balik backpacker dan bermulanya story travel Lisa ke Perth.
Lisa hanya berjalan-jalan di sekitar city iaitu di Myer, Hay Street & Murray Street. Backpacker yang Lisa duduk betul-beteul terletak di CBD, 7 minit daripada Stesen Keretapi Perth & Underground Perth, so agak mudah untuk Lisa bergerak ke mana-mana.
Hari Ketiga 24 September
Sesat mencari dimana letaknya Corica Pastries, iaitu kedai pastry yang memang diminati oleh pelancong. Sebabnya, tarikan apple strudel panjang kemain. Rasa sedap, kenyang makan seminggu. Kedai terletak di Aberdeen Street, Northbridge (kedai perfume & good Sammy dekat dengan sini dah).

Lepas pekena Apple Strudel, mehlah kita mencari souvenirs di Freemantle. Freemantle merupakan salah satu tempat tarikan di Perth, kerana ia menempatkan banyak bangunan lama dan bersejarah seperti Freemantle Prison, E-shed Market, Freemantle Markets, round house dan banyak lagi. Serupa macam kembali ke zaman dahulu, bangunan di sini semua klasik. Tangan gatal tekan kamera aje. Jakun mak jemah oi.
Saya naik keretapi dari stesen Perth menghala ke Freemantle. Sampai dekat Freemantle, anda boleh naik CAT BUS kaler merah & biru (FREE) untuk berlegar-legar di sekitar Freemantle. Nak jalan kaki pun boleh, tak jauh mana pun.
Dah settle ambil gambar semua, Lisa terus gerak ke Kailis untuk makan tengahari.
Khabarnya, fish & chips di situ sangat famous dan sedap. Memang betul dan rasa ikan sangat fresh, ditambah pula dengan chips yang rangup gitu. Dressing dia pun sedap sangat. Lisa fefeeling makan tepi laut sambil ditemani oleh seagulls. Jangan sesekali tinggalkan makanan anda tanpa pengawasan, nanti kena ngap oleh seagulls, menangis tak berlagu la oi!
Perut sudah kenyang, Lisa terus ke E-shed Market untuk membeli souvenir. Untuk pengetahuan anda, E-shed Market hanya dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad sahaja. Operation hours 9am to 5pm. So, jangan mengedik untuk pergi hari lain ye. Dan semestinya kedai Megabes menjadi pilihan hati kerana harga yang ditawarkan di sini paling murah di Perth. Lisa dah pusing habis satu city dan bersetuju bahawa Megabes Price unbeatable!
Seronok sakan dapat shopping, pusing sana pusing sini. Tapi, kat sini tak banyak choice sangat compare dengan HQ dia kat Malaga. Pekerja kat sini semua helpful dan peramah, so takde pening sangat nak cari saiz baju.
Lisa sempat berborak dengan salah satu pekerja yakni orang Malaysia kita. Dia telah lama bermastautin di bumi Kanggaru ini. Seronok dapat berborak dengan orang senegara.
Dah shopping semua, hantar barang ke backpacker dan jalan-jalan di Bell Tower. Sorry gambar takde sebab handphone dah mati.
Hari Keempat 25 September
Selamat pagi, masa untuk memulakan kerja sebagai Personal Shopper. Lisa pergi ke Joondalup Shopping Centre untuk membeli Corelle kat Big W, barang-barang kat Kmart dan mahu melihat perfume murah. Jarang sangat jumpa cashier kat sini sebab mereka semua menggunakan mesin layan sendiri untuk membayar. Everyone can be a cashier.

Tak jumpa barang dan terus berjalan ke Mirrabuka, konon nak makan Charchoal Chicken yang famous tu. Tapi harapanku punah sebab tak jumpa pun. Takde rezeki kot.
Makan KFC je bhai!
Makan KFC je bhai!
Hari Kelima 26 September
Pagi-pagi naik ke feri ke Elizabeth Quay. Free je. FYI, anda boleh membeli tiket Day Rider pada harag 12.40AUD dan boleh menggunakan semua bas, trend dan feri di seluruh Perth. Lebih mudah dan jimat. Dah habis bergambar, gerak ke Morley untuk cari barang. Bila dah sampai Morley, anda boleh pergi Coventry Village untuk dapatkan makanan halal dan singgah kedai Chemist untuk perfume murah. Lisa dapat harga 20AUD untuk perfume Kate Perry 100 ml dan sempat membeli barangan pesanan daripada sahabat handai.

Sebelum balik ke hotel, Lisa singgah kedai makan nasi goreng merah dengan teh tarik.
Hari Keenam 27 September
Hari ini hujan dan tak banyak tempat boleh cover. Lisa bergerak di sekitar city sahaja. Sempat juga shooping bundle kat Good Sammy. Kat sini, bundle semua elok dan harga pun murah. Baju 50 sen pun boleh dapat. Kebanyakan kedai bundle for charity purpose, so hasil baju yang dijual akan didermakan kepada badan-badan kebajikan. Lisa beli baju baby pesanan member, gaun baby boleh dapat 2.50AUD, murah kan.

Hari Ketujuh 28 September
Balik ke Malaysia
Balik ke Malaysia
Summary:
Lisa datang ke Perth untuk bekerja dan hanya berpeluang ke City seminggu sekali semasa masih lagi bekerja. Sebaik sahaja Lisa berhenti kerja di Gingin, saya keluar bandar untuk membeli barang dan berjalan. Itinerari saya kali ini lebih kepada shopping.

Saya tak pergi ke Mandurah, Caversham & Pinnacles. Ini kerana saya travel solo sambil menunggu rakan saya yang belum habis bekerja. Trip ke Perth mustahil jika anda tidak memandu sendiri kerana Perth merupakan satu-satunya isolated city in the world.
Walaubagaimanapun, anda masih boleh bersiar-siar di sekitar bandar dengan menggunakan bas percuma. Saya tetap seronok walaupun tak berjalan mana pun, sekurang-kurangnya saya duduk di sini sebulan lebih dan sangat hampir kepada kehidupan rakyat jelata di Perth.
Sungguh, trip kali ini sangat terkesan dihati kerana saya belajar sesuatu tentang hidup, bagaimana rakyat kita ramai berhijrah ke sini untuk mengubah nasib mereka.
Saya doakan kepada mereka yang masih lagi berjuang supaya lebih kuat dan berjaya. Trip ke Perth kali ini berjaya. Negeri keempat di Australia yang telah saya tawan. If ada yang nak Tanya pasal kerja ladang, jangan segan silu, cuma saya mohon tanya secara private okay.
#tillthen
Comments
Post a Comment