Jom Churros

Annyeong...
Ola senorita!Lepas makan churros terus pandai cakap Sepanyol. Lately, churros semakin dekat di hati Malaysia. Lisa terjebak dengan churros sebaik sahaja balik dari Melbourne beberapa tahun lepas.

Back then susah nak dapat churros dan cuma ada di tempat tertentu. Nak dijadikan cerita, Lisa teringin sangat nak makan churros. Balik KL dijemput pula untuk food review churros. Rezeki woi!

Untuk anda yang gemarkan churros, jom churros di Street Churros One Utama.

Why Street Churros?

Street Churos, rangkaian francais dari Korea memecahkan tradisi churros seharusnya lurus dan dicicah dengan coklat.

Malah, ia menampilkan varieti dengan churros berbentuk ladam kuda, pilihan dip seperti blueberry, strawberry, chocolate & cream cheese, filling churros serta kombinasi aiskrim & churros.

Churros cinnamon merupakan signature Street Churros dan jika anda mahukan kelainan, nikmati churros berintikan coklat/blueberry/creamcheese.

Rasa panas? Sejukkan tekak anda dengan A-chu (aiskrim churros) perisa choco choco/chocoberry/strawberry. Kombinasi panas & sejuk pasti membuatkan anda teruja.

Oh ya,  mereka juga mempunyai signature green tea atau jika anda penggemar kopi, anda boleh try caramel macchiato.

Kanak-kanak juga pasti suka kerana terdapat jus banana shake, strawberry shake yang lazat.

Jaminan hanya Churros segar dihidangkan & varieti menu pasti membuatkan anda terliur!

Juga, ladam kuda merupakan simbolik tuah dalam budaya Korea digunapakai sebagai logo mereka.

Silakan menjamu mata.
#tillthen



Street Churros terletak di 1Utama.
Dari Kiri: Cinnamon, chocolate & Cheese
Kombinasi sejuk dan panas..achu!
Filling Churros membuatkan anda teruja untuk gigitan pertama.
Refreshing & yummy. 
Keharmonian antara icecream & churros membuatkan anda tidak jemu.
Choc latte must try to quinch your thirst.
What else I want?Strawberry shake can made me healthy.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pakaian Ikut 4 Musim di Korea

Pengalaman sewa rumah di Korea.

Kat Mana Halal Jajangmyeon?