Pakaian Ikut 4 Musim di Korea
Annyeong.. Setiap kali musim berubah, pakaian di wardrobe perlu di tukar. Maklumlah hidup di negara 4 musim seperti Korea ini memerlukan pengorbanan sedikit wang dan masa untuk membeli baju-baju sesuai dengan musim. Musim Bunga (Mac-Mei) Merupakan musim peralihan daripada musim salji dan panas. Purata suhu antara 7.1 selsius sehingga 17.8 selsius. Cuaca sedikit berangin pada penghujung bulan Mac dan akan panas pada awal April. Apabila cuaca semakin panas, bunga sakura akan mekar menandakan permulaan musim bunga. Bunga sakura berasal dari Jepun di bawa masuk ke Korea semasa penjajahan Jepun. Ia hanya bertahan selama dua minggu. Pada tahun ini, salji tiba-tiba turun selepas sakura mekar yang disebabkan oleh pemanasan global yang merubah cuaca di Korea. Skarf, cardigan, dress bunga sangat popular musim ini. Contoh pakaian pada musim ini: Awal musim bunga di Everland. Musim bunga di Yongma Land, taman tema terbiar di Korea Selatan. Menyaksikan p...