2018 Sunyu Island International Youth Supporters Forum

Annyeong..


Baru-baru ini, Lisa terpilih untuk mewakili negara Malaysia di Forum Penyokong Antarabangsa Pulau Sunyu 2018. Seramai 40 warga asing yang menetap di Korea terpilih untuk memperkenalkan wilayah Jeollabok kepada orang ramai. Umumnya, Jeollabok masih asing lagi kepada pelancong asing kerana kurangnya pendedahan dan promosi kepada orang ramai.


Kini, Lisa sebagai salah seorang duta untuk memperkenalkan wilayah Jeollabok kepada anda semua.


Hari Pertama:


Kira-kira jam 8.30pagi, kami bertolak dari Kompleks Sukan Seoul untuk ke bandar Gunsan. Perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam, bergantung kepada keadaan trafik. Selepas 1 jam perjalanan, kami berhenti di R&R Cheonan selama 10 minit.


Jam 12 tengahari kami sampai di GSCO, Gunsan dan makan tengahari dan bermulalah forum antarabangsa yang dihadiri oleh wakil-wakil pegawai pelancongan Jeollabuk, Gyeonggido dan pensyarah-pensyarah dari university berdekatan. Forum ini memperkenalkan wilayah Jeollabok dan mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelancong ketika melancong di Korea. Kami dibantu dengan alat penterjemah untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai perkara yang dibincangkan.


Forum ini berakhir pada jam 8 malam dan kami daftar masuk di hotel Riverhill.


Hari Kedua



Pada hari ini kami melawati dua muzium di Gunsan iaitu Gunsan Modern History Museum dan Gunsan Teddy Bear Museum. Di sini, kami mengenali dengan lebih dekat mengenai sejarah di Gunsan dan dapat melihat cara hidup mereka ketika penjajahan Jepun. Kami juga dibawa melihat di sekitar Muzium Gunsan untuk melihat sejarah askar marin.


Di Gunsan Teddy Bear Museum, kami dapat melihat koleksi-koleksi patung beruang mini yang comel menceritakan kehidupan di Korea, Barat dan sedunia.


Tabik Hormat!


Titanic Bear

Selepas makan tengahari kami menonton persembahan tarian di terowong Gunsan.




Terowong ini digunakan oleh askar Jepun untuk mengangkut keluar beras dari Gunsan ke Jepun.

Seterusnya kami bersiar-siar di sekitar Pulau Sunyu. Menurut mitos orang Korea, Sunyu adalah tempat persinggahan dewa. Keindahan pulau Sunyu dengan pantai yang bersih membuatkan saya terpesona. Ramai mereka mengambil kesempatan untuk mandi-manda di pantai.


Selepas itu kami juga dijemput untuk menghadiri Festival Beer di Buan. Oleh kerana saya beragama Islam, saya tidak mengikuti festival itu dan hanya tunggu di kedai serbaneka sambal makan makanan segera.




Matahari terbenam di Pulau Sunyu
Hari Ketiga


Hari terakhir di Gunsan. Selepas sarapan, kami pergi ke Buan Celadon Museum untuk menikmati pengalaman untuk membuat tembikar. Tidak perlu risau jika anda tidak mahir, kerana ramai cikgu-cikgu akan mengajar anda. Anda hanya perlu uli tanah liat dan bentukkan sebagai sebagai silinder dan cikgu akan membantu anda memperkemaskan hasil anda. Anda boleh minta untuk menjadikan ia sebagai cawan, pinggan atau gelas. Selepas itu, anda bebas untuk mengukir apa sahaja di atasnya dan cikgu anda akan menghantar hasil anda melalui pos.






Tanah liat yang digunakan untuk membuat pinggan mangkuk




Selepas itu kami makan tenghari sebelum melawati destinasi berikut. Kami melawati Naesosa Temple untuk menikmati pengalaman minum teh di situ. Budaya minum teh Korea banyak dipengaruhi oleh budaya Cina. Cara minum teh adalah kali pertama, dengan melihat warna teh dan menghidu aromanya sehingga masuk ke dalam badan. Kali kedua barulah minum sedikit demi sedikit dan kali ketiga habiskan semua teh di dalam cawan tersebut. Ini juga merupakan satu-satunya masa santai orang Korea kerana mereka mengambil masa untuk menikmati teh.


Kami juga dibawa bersiar-siar di sekitar Naesosa Temple. Rumah ibadat ini diwartakan oleh UNESCO sebagai warisan dunia. Ia juga masih berdiri teguh sejak 400 tahun yang dahulu. Jika dilihat, corak lukisan pada bumbungnya bermotifkan hidupan laut berbanding dengan kebanyakan corak flora yang banyak digunapakai di kebanyakan bangunan-bangunan lama di Korea. Ukiran kayu pada pintu rumah ibadat ini diilihat unik dan klasik jika dibandingkan dengan mana-mana pintu rumah tradisional di Korea.






Di sekitar rumah ibadat ini terdapat laluan untuk mendaki yang popular kerana pemandangannya yang menakjubkan. Menurut pemandu pelancong kami, walaupun kawasan ini terletak di selatan Korea, salji turun lebat kerana kedudukannya berdekatan dengan laut Kuning dan dikelilingi oleh gunung-ganang.


Kami menamatkan trip ini di Saemangeum, iaitu tembok lautan Korea yang diiktiraf oleh Guiness Book of Records sebagai tembok lautan terpanjang di dunia. Projek pembinaan tembok lautan ini mengambil masa 19 tahun dan menghadapi pelbagai tentangan oleh aktivitis alam sekitar kerana dikatakan ia akan memusnahkan habitat hidupan di sekelilingnya. Orang Korea juga kurang percaya dengan projek tebus guna tanah dari laut itu dan akhirnya pada tahun 2016 ianya menjadi kenyataan. Ia telah mencipta sejarah baru di Korea dan juga telah menambah 2/3 daripada saiz Seoul di dalam peta Korea.






Lawatan sambal belajar di Jeollabok ini mendekatkan kami kepada kebudayaan Korea, sejarah dan memperkenalkan kami tempat-tempat menarik di Jeollabok. Kami hanya sempat melawati 3 daerah daripada 14 daerah di Jeollabok. Perjalanan pergi dan balik kami ditemani dengan keindahan alam sekitar yang masih tidak tercemar, pepohon menghijau dan sawah padi yang luas terbentang. Saya pasti akan datang lagi. Selamat tinggal Jeollabok!


Info:


Anda boleh mendapatkan tiket bas 10,000 pergi dan balik ke Jeollabok menerusi Jeonju Shuttle Bus. Ambil masa keemasan selama 3 hari 2 malam untuk menjelajahi wilayah Jeollabok.


Tips:
Day 1:
 Lawat Jeonju Hanok Village- Buan Cine Park-Makan Tengahari Bibimbap


Day 2:
Lawat Gunsan, di mana masa terhenti -Gunsan Modern History Muzium-Sunyu Island




#Jeollabok
#Gunsan
#Buan
#Saemangeum

























































Comments

Popular posts from this blog

Pakaian Ikut 4 Musim di Korea

Pengalaman sewa rumah di Korea.

Kat Mana Halal Jajangmyeon?