Pakaian Ikut 4 Musim di Korea

Annyeong..

Setiap kali musim berubah, pakaian di wardrobe perlu di tukar. Maklumlah hidup di negara 4 musim seperti Korea ini memerlukan pengorbanan sedikit wang dan masa untuk membeli baju-baju sesuai dengan musim.

Musim Bunga (Mac-Mei)

Merupakan musim peralihan daripada musim salji dan panas. Purata suhu antara 7.1 selsius sehingga 17.8 selsius. Cuaca sedikit berangin pada penghujung bulan Mac dan akan panas pada awal April. Apabila cuaca semakin panas, bunga sakura akan mekar menandakan permulaan musim bunga. Bunga sakura berasal dari Jepun di bawa masuk ke Korea semasa penjajahan Jepun. Ia hanya bertahan selama dua minggu. Pada tahun ini, salji tiba-tiba turun selepas sakura mekar yang disebabkan oleh pemanasan global yang merubah cuaca di Korea.

Skarf, cardigan, dress bunga sangat popular musim ini.

Contoh pakaian pada musim ini:

Awal musim bunga di Everland.
Musim bunga di Yongma Land, taman tema terbiar di Korea Selatan.

Menyaksikan pemandangan bunga Azalea pada akhir bulan April.
Pada bulan Mei, bunga ros akan kembang mekar.

Musim Panas (Jun-Ogos).



Musim paling panas dan tidak sesuai untuk dikunjungi kerana cuaca yang panas dan kering membuatkan anda cepat letih dan terdedah kepada strok haba. Media melaporkan, lebih kurang 10 orang terbunuh kerana terdedah kepada strok haba yang melampau. Cuaca pada musim panas tahun ini mencatatkan tertinggi selepas 100 tahun. Cuaca diantara 35 selsius sehingga 40 selsius. Pastikan anda memakai krim pelindung matahari yang tinggi untuk melindungi diri anda daripada sinaran UV. Pakai baju yang menyerap peluh seperti fabric kapas dan pemakaian topi, payung amat digalakkan ketika keluar dari rumah. Jangan lupa untuk minum air banyak untuk sentiasa terhidrat!

Contoh pakaian pada musim ini:


Awal musim panas di Damyang, Gwangju.
Musim Luruh (September-Disember).

Musim luruh juga dikenali sebagai musim 'cheongomabi' iaitu musim pertukaran di antara musim panas dengan musim sejuk. Cuaca akan berubah sejuk dan sedikit berangin sebagai persediaan untuk bertukar kepada musim sejuk. Daun-daun akan bertukar menjadi warna kemerah-merahan dan gugur pada penghujung bulan Oktober. Pakaian luar seperti jaket dan kot panjang (trench coat) amat diperlukan kerana cuaca yang berangin dan sejuk. Pakaian kot panjang menjadi popular semasa musim luruh. Simptom "autumn loneliness" juga dikaitkan dengan musim luruh kerana ia merupakan musim yang syahdu dengan bergugurannya daun maple.

Contoh Pakaian Musim Ini:

Pertengahan November di Pulau Nami.

Memakai pakaian tradisional Korea, hanbok di Pulau Nami.


Musim Sejuk (Disember-Februari)

Merupakan musim paling sejuk suhu mencecah dari 7 selsius hingga -15 selsius. Oleh kerana kedudukan geografi Korea yang berdekatan dengan Russia, musim sejuknya sangat sejuk berbanding dengan negara 4 musim seperti China, Taiwan dan Jepun. Suhu boleh mencecah sehingga -15 selsius pada bulan Januari. Pakai baju termal, baju sejuk yang mempunyai pad, sarung tangan, skaf dan kasut but untuk melindungi anda daripada jatuh sakit semasa menggembara di Korea.

Contoh Pakaian Musim Ini:


Awal musim sejuk di Soraepogu, Incheon.
Salji di Pulau Nami.

Perkampungan Mural Hyehwa.
FAQ

1. Meneka salji turun dan bunga sakura berkembang ibarat meneka bilakah hujan akan turun. Kita cuma boleh menjangka melalui ramalan cuaca yang akan berubah-ubah dari masa ke semasa.

2. Kenalpasti daya tahan diri apabila memilih baju sejuk kerana ada sesetengah orang mungkin tidak begitu memerlukan baju tebal.

3. Pastikan anda membawa ubat-ubatan semasa melawati Korea.

4. Pastikan anda memakai kasut bersesuaian ketika musim salji (memakai sneaker boleh menyebabkan anda tergelincir semasa berjalan di atas salji yang licin.)

5. Jangan lupa untuk mengambil banyak gambar semasa melancong!

~~till then!!

#pakaiansesuaiuntuk4musim
#koreamysecondhome


Comments

  1. hi.. boleh email tak .. tempat2 menarik di jeju qfirdaus@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman sewa rumah di Korea.

Kat Mana Halal Jajangmyeon?