Minum Kopi Seikhlas Hati

Annyeong~~~
Zaman gawat menyebabkan kita berjimat cermat. Lisa nak share satu rahsia kepada si penggemar kopi tegar untuk mendapatkan kopi sedap dengan bayaran seikhlas hati.

Pelik, Lisa tak pernah dengar lagi bayaran seikhlas hati melainkan rawatan perubatan islam.

Promosi "Pay As You Wish" hanya untuk kopi sahaja. Minuman selain kopi dikenakan harga normal iaitu sekitar RM10++.

Pastikan anda berbaris pada line betul dan anda akan diminta untuk masukkan nama dan pilih kopi kegemaran pada ipad tersedia di kaunter.

Anda boleh membayar seikhlas hati (kos secawan kopi adalah RM5) dan terpulanglah anda mahu membayar pada harga rendah atau tinggi.

Setiap orang hanya dibenarkan untuk order secawan kopi sahaja.

Terima kasih kepada kaki viral Rizal Hakimm, Lisa menemui cafe Urban Republic di Mid Valley.

Alamat adalah pada gambar di bawah~~~
#tillthen
#bye

Comments

Popular posts from this blog

Pakaian Ikut 4 Musim di Korea

Pengalaman sewa rumah di Korea.

Kat Mana Halal Jajangmyeon?