Charming Doctor HongHongHong come to KL!

Annyeong...

Ramai gegadis di Malaysia berjaya disembuhkan dengan kehadiran Doktor cinta Mr Kim Rae Won!

Siapa yang tak kenal dengan jejaka berkarisma, tampan dan bergaya, popular menerusi drama Doctor yang disiarkan di Astro OneHD saluran 393.

A Date With Kim Rae Won itu diadakan di Pavilion dan peminat mula menunggu sekitar jam 3 walaupun event itu bermula pada jam 7.15petang.

Lautan manusia mulai membanjiri Pavilion mulai jam 6 semata-mata untuk menonton aktor kegemaran mereka.

Artis itu tampil berpakaian blazer biru gelap dan kasut sukan putih, iaitu kasut yang sering digunakan dalam drama doctors.

Jeritan gegadis dapat didengari memecah kesunyian Pavilion kerana berpeluang bertemu secara live dengan Doktor Hong Hong Hong.

Pengalaman berasak-asak dalam lautan manusia amat memeritkan dan rasa panas tidak dihirau asalkan dapat bertemu dengan OPPA.

Beberapa peminat bertuah dapat berinteraksi dan bergambar dengan Kim Rae Won di atas pentas.

Lisa kurang bernasib baik dan hanya dapat melihat dari jauh.

Gambar pun ada beberapa je jadi, yang lain haram. Shaking sebab dapat jumpa Oppa.

Maafkan daku kerana menjadi peminat fanatik hari ini. Tak tidur malam dibuatnya.

Jangan lupa jumpa Park Shin Hye di 1Utama pada Jumaat ini.

Can't wait for Kim Rae Won to come back in Malaysia.

Sinopsis Doctors:
Percintaan antara cikgu dan pelajar bermasalah berpisah kerana sesuatu yang tidak diingini berlaku. Pertemuan epik antara mereka berlaku apabila kedua-duanya menjadi pakar otak di hospital sama. Dan bermulalah babak-babak manis yang mencairkan hati penonton.

#tillthen
#OneHDKimRaeWon
#OneDoctors
#eventreview
#blogger

Comments

Popular posts from this blog

Pakaian Ikut 4 Musim di Korea

Pengalaman sewa rumah di Korea.

Kat Mana Halal Jajangmyeon?