Sawadikaa Bangkok: Night Train Market & Chathucak


“Dah nak sampai, bangun.”

Suara abang Joe, brader yang ajak kami naik bas ke Bangkok mengejutkan aku dari lena. Kami dah bersedia untuk mulakan perjalanan ke destinasi seterusnya, Bangkok. Sebenarnya aku tak tau ke mana dia nak bawa, sebab kami memang follow dia je. Tapi dia ada cakap lepas turun nanti kena naik teksi pergi area market. Turun je dari bas, brader tu tahan teksi. Kami turun kat tepi jalan. Giler kentang betul trip hari ni. Abang Joe jenis tak berkira sebab bayarkan teksi dan belanja kami makan satay kat Night Market.

Thanks abang Joe!!
 
Dia tunjuk gerai makanan halal kat market tu dan bawa kami kat kedai member dia. Member dia buka kedai bundle kat situ, orang Melayu juga. Aku pun ternanti-nanti bila dapat check-in hotel sebab nak tidur. Lepas rehat jap kat kedai, abang Joe suruh kami jalan-jalan sekitar pasar Malam ni dan balik kat kedai sebelum jam 12. Lepas tutup kedai nanti dia nak hantar pergi ke hotel. Best juga ronda-ronda Train Night Market ni sama macam uptown kat Malaysia. Cuma makanan kena pilih yang halal. Jangan risau kat sini banyak gerai orang Islam, mudahlah untuk cari makan.

Aku tak beli makanan sangat pun, aku beli air dan tshirt je. Dah habis ronda market ni, aku balik ke kedai member abang Joe tu. Depa nie sangat baiklah siap tolong carikan hotel dan siap hantar kat hotel. Hotel yang dia bawa ni 450 baht semalam dan 400 deposit. Abang Joe tolong book hotel dan kami tinggal bayar je. Rezeki kami hari ini jumpa orang baik yang permudahkan perjalanan trip. Hotel ni bersih dan bilik dia pun besar. Belakang hotel ni ada masjid dan banyak kedai muslim di sekeliling hotel ni. Nak cari makan memang tak susah. Esok kena bangun pagi sebab nak pergi Chatuchak Market dan terus pergi ke stesen keretapi untuk beli tiket tren ke Hatyai.

Aku rasa malas nak bangun pagi tu sebab badan tak cukup rehat. Semalam tidur lewat, jam 3 pagi lepas mandi dan makan. Tengah sedap tidur tu aku boleh mimpi dengar suara orang cakap English tanya public holiday bila. Terus aku terbangun dari tidur, sedar-sedar aku rasa badan aku macam berat semacam. Aku pun lawan la dan laungkan “Allahuakbar” banyak kali sampai benda tu blah. Aku nak sambung tidur tapi aku takut benda tu kacau lagi tapi badan dah letih sangat-sangat. So, aku pejamkan mata sambil baca ayat kursi sampailah aku tertidur.

Time breakfast aku ceritakan pengalaman semalam tu kat Epul. Dia pun sebenarnya tawakkal je time nak pergi ke Angkor Wat. Aku pula jenis positif dan tak fikir apa-apa pun benda mistik . Tapi bila aku lalu kat makcik yang tengah menjampi tangkal, aku dah rasa lain macam. Dalam hati aku cepat-cepatlah blah sebab semacam je makcik tu. Sampai ke Bangkok kena kacau. Hahahah. Itu sebabnya kenapa aku suka book dorm kalau travel sorang, aku tak berani tidur sorang-sorang dan selain itu dapat jimat duit. Tapi kali ni travel dengan member tak sama jantina, kena duduk bilik asing la.

Sebelum nak pergi tahan teksi ke Chatuchak Market, kami tanya orang hotel macam mana nak pergi ke Market tu. Akak tu tak reti sangat cakap Inggeris dan nasib baik ada sorang akak yang pandai cakap Melayu, jadi mudah kami nak tanya. Tempat yang duduk ni memang betul kat area orang Melayu tapi jauh dari bandar dan dekat dengan lapangan terbang Survanabhumi (macam KLIA). Naik teksi dalam 20 minit ke Chatuchak Market.

Rod tai pai din - go to train station
Akak tu siap suruh kami hafal perkataan ni, “rod tai pai din” dan tunjuk map MRT ni. Aku pun main hafal je la dan bila cakap kat taxi driver dia kurang faham. Pastu aku sebut MRT baru dia faham. Uncle tu siap membebel kalau cakap macam tu tak sampai la korang. (Aku teka je maksud dia, hahaah).


 
Chathuchak Market, 4 kali besar dari Namdaemun, Korea.
Cuaca kat Bangkok lebih panas berbanding dengan Siem Reap. Tak boleh nak berlama-lama kat luar dengan cuaca kering. Chatuchak Market ni pasar paling besar kat Bangkok dan bagi aku macam pasar Namdaemun kat Korea, tapi 4 kali ganda besar. Beg rotan kat sini mahal dah macam harga kat KL. Ok ladies kalau nak shopping beg rotan kena turun Siem Reap tau. Cuma satu je tak best sebab gerai makanan halal ada satu je, tu pun kecil. Kami nak pergi makan tapi meja dah penuh. Terpaksa cari alternatif lain. Lepas tanya kat tourist info dia suggest pergi masuk ke Chatuchak Mall tu. Actually tadi dah masuk sebab nak tukar duit dan pergi tandas. Kami masuk lagi dan kat LG ada booth makanan halal tapi dia jual roti je. Dah tengahari aku kena makan nasi. Otw nak naik ke food court nampak sorang pekerja muslim kat booth dan dengan bantuan dia kami tahu lokasi makanan halal.

Nasi campur ala Thai.

Ada dua kedai makanan halal kat food court di Chatuchak Mall. Kami makan nasi campur je. FYI, kalau nak makan kat sini kena beli kad (refundable) kat kaunter depan sebab gerai tak terima cash. Sama macam makan kat times square. Makanan not bad dan harga makanan ok la tak mahal sangat. Kalau compare kat Siem Reap mau pengsan kalau convert USD tu.

Makanan halal kat dalam mall ni.
Dah siap makan masa untuk gerak ke Bangsue Station untuk menaiki keretapi ke Hatyai. Menurut abang Joe tak perlu beli tiket tren secara online, walk-in pun boleh. Mula-mula kami cadang nak pergi ke tren Hua Lampong tapi abang Joe rekemen turun kat Bangsue Station lebih dekat dengan Chathucak Market. Hua Lampong tu jauh giler katanya. Beruntung jumpa abang Joe sebab dia bagi info penting. Lagi satu tren kat Bangkok ni kadang-kadang lambat dan tak punctual, bayangkan kalau kami masih lagi OTW dari Aran ke Bangkok hari ni, memang semput kalau nak sambung tren ke Hatyai pula.

Member pun suka la sebab hajat dia untuk naik keretapi sudah tercapai. Kami beli tiket jam 3.05 petang, kelas kedua, katil tingkat atas. Ada lebih kurang sejam lebih sebelum naik tren, aku beli pancake chocolate kat area stesen.

16 jam perjalanan dari Bangkok ke Hatyai…

Syukur jumpa orang tepat dan banyak menolong kami di Bangkok.

Pulut mangga manis, tapi tak boleh Hatyai mali!!!

Kos:

Hotel: 450 Baht
Makan: 70 Baht
Tshirt: 100 Baht
Air: 20 Baht
Lunch: 70 B
Teksi ke Chathucak: 115 Baht
Tambang MRT: 66 Baht
(Phetchaburi - Chatuchak & Chatuchak - Bangsue)
Tiket Keretapi Kelas II - katil: 1003

Sis belanja gambar:

Jom ronda malam ni!
Kapal Terbang

Antik gila kereta ni.

Hiasan je, tak boleh masuk pun heli ni.

This is Abe Joe.

Muka control ayu, padahal dah nak pengsan.

Hotel kami duduk semalam.

Selesa kan bilik kami.

Bersih je.

399 baht semalam

Jom naik tren.

Kena scan sebelum masuk ke dalam Subway.
MRT Phetchaburi dekat dengan hotel kami.

Inside MRT.
Sama kaler pula dengan pulut mangga.
Beg rotan idaman wanita.
Chathuchak Park

With Yaya!!!

Get ready for long journey.

Bersambung…

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pakaian Ikut 4 Musim di Korea

Pengalaman sewa rumah di Korea.

Kat Mana Halal Jajangmyeon?