Pengalaman naik keretapi dari Bangkok ke Hatyai


Sawadikaa
Bangsue Station, 2 stop dari Chatuchak Market
Bangsue Station
HELLO!!
Jadual perjalanan dari Bangkok ke daerah lain.
Bermulalah perjalanan 16 jam untuk ke Hatyai. Aku dah tak sabar nak tidur atas tren sebab lately masa tidur terganggu. Tapi kena tunggu malam baru pasang katil. Aku duduk berdepan dengan makcik ni. Nak menyembang pun krik krik, pasal makcik ni tak reti bahasa Inggeris. Aku nyanyi lagu loy krathong kang terkejut makcik jemah ni. Hehehe. Sianlah hang makcik dapat seat dekat dengan farang (foreigner). Aku main hentam Thai yang aku belajar sikit-sikit dari lakorn dan makcik ni pun ada ajar aku satu perkataan Thai iaitu "nam ron" yang bermaksud air panas. Ini disebabkan insiden kami nak order air panas dalam tren. Maka, makcik tu menjadi cikgu aku pada hari ini. Dapat satu perkataan baru hari ini. Makcik tu siap cakap asal perkataan nam maksudnya air. Tapi dia tak ajar pun tone naik ke turun ke mendatar. Hehehe.

Pemandangan hijau sebelum meninggalkan Bangkok
Bestnya kalau naik tren waktu petang dapat enjoy view sepanjang jalan. Thailand dengan Malaysia tak jauh beza pun tapi excitement naik train tu ada weh, series korang try la. Layan view sawah padi dan kawasan kampung. Stesen yang awal-awal tren ni singgah tak berapa cun view dia, dah lama sikit baru lalu kawasan kampung. Cun giler weh.

No worries, tren ni klasik tapi kat dalam cun dan moden weh. Tandas bersih je sama macam tren kat airport. Ada waiter akan jual makanan dan korang boleh order kat dorang. Kami tak beli sebab ada makanan sendiri dan nak air panas je.

Better korang prepare bekalan makanan sebab dalam tren tak banyak pilihan untuk makanan halal dan harga dia mahal. Aku masak meggi cup je, tapi kena beli air baru boleh dapat air panas. Takde benda free ya kat Thailand, semua kena bayar. Nak minta air pun bercinta aku nak cakap, maklumlah depa tak reti bahasa Inggeris. Ada certain stesen ada penjual masuk tren jap untuk jual makanan, tapi dorang tak boleh lama sebab tren nak gerak. So, bukan semua gerabak dia dapat jual. Makcik depan aku ni nak beli pun tak dan sebab orang jual tu dah kalut turun sebab tren nak gerak. Aku terdengar penjual tu sebut moo bping (pork satay), see berguna juga tahu bahasa Thai sikit-sikit. Tren ni berhenti kejap-kejap je kat stesen. Pergh salute la semangat penjual tu dah macam join The Amazing Race pula. 

Selamat Malam Thailand!

Katil Atas Kelas II
Pukul 6.20pm, pakcik stesen mula sediakan katil. Dia kemaskan katil dan bagi selimut dan bantal untuk hangpa tidur. Power la pakcik tu sebab dia prepare katil cepat dan tak lama pun nak tunggu. Tempat sangkut dan charger ada. Nasib dia bagi selimut sebab katil atas betul-betul dekat dengan aircond, sejuk gila bhai. Tangga kecil, aku kena turun elok-elok kang jatuh. Ada tirai, so korang ada privasi untuk tidur. Cuma katil ni sempit sikit la.
Siap sedia untuk tidur
Aku cuba nak tidur tapi perut aku lapar. Member kat sebelah duk panggil-panggil aku. Aku dah cabut tudung la, malas nak layan. Tapi lapar punya pasal aku terpaksa kuarkan sedikit kepala, nak minta meggi.

Aku nak order air panas tapi pakcik server tadi dah tak lalu dah. Nak tak nak aku kena survey kat mana kantin. Aku rasa mesti sama je dengan KTM, mesti ada kantin punya. So, aku jalan la straight sampai jumpa first class seat dan aku terus lagi baru aku nampak kantin. Lepas aku tanya nak minta air panas, aku patah balik kat Epul dan ajak dia teman makan meggi. Aku beli air dengan keropok sebagai pertukaran dengan air panas.

Dalam kantin keretapi.
Dinner kami.

Dah makan berus gigi dan get ready to sleep. Susah sikit nak tidur atas tren sebab rasa macam bergoyang. Kejap-kejap aku terjaga. Dalam kul 5 pagi aku dah bangun dah tapi macam malas nak turun berus gigi. Dalam kul 5.30 am camtu pakcik stesen kejut sebab nak kemas katil. Kembali semula kepada posisi duduk. Jam 6.20 pagi kami tiba di Hatyai. Kami dah deal dengan abang Rusdi nak tumpang mandi kat kedai dia. Makan dulu sebelum teruskan perjalanan meronda di Hatyai sebelum balik ke KL petang ni.
Dah sampai kat Hatyai Junction

Selpie sebelum breakfast.


KOS:

Pancake: 20 B
Snek (dalam tren): 50 B
Breakfast: 90B

Bersambung...



Comments

  1. Baca "nam ron" terus teringat legend Namron hehe. Kita blogwalking sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai..thank you sudi blogwalking..ahaha legend namron pun boleh

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pakaian Ikut 4 Musim di Korea

Pengalaman sewa rumah di Korea.

Kat Mana Halal Jajangmyeon?