Pengalaman Hi-Tea seperti ratu di The Verandah
Annyeong~~ Kebiasannya orang Malaysia minum petang dengan cekodok dengan teh panas, ambil pakai tangan dan makan tanpa segan silu. Lisa nak share pengalaman Hi-tea seperti ratu di The Verandah..Hah kelas gitu macam fefeeling di London kan. Baru-baru ini Lisa dijemput oleh pihak the verandah untuk mengikuti bengkel cara menikmati hi-tea yang betul dan disesuaikan dengan gaya malaysia. Memang fun sangat bengkel ini sebab mereka ajar cara makan muffin dengan betul, minum tea, coklat dan beberapa manner semasa hi-tea. Tapi takdelah strict macam kat hotel so you guys janganlah rasa takut pula nak mengunjungi The Verandah di Atria Damansara. Harga bagi set hi-tea juga berpatutan dan makanan sesuai dengan lidah malaysia. Kek batik pun ada tau, cekodok je takde. Aroma teh yang diimport dari Eropah menusuk kalbu dan wangi menyegarkan. Tanpa gula pun rasa sedap je teh dia. Bila tambah gula lagi naik aromanya. Lisa pun baru je tahu rupanya ada teh yang boleh buat orang senang tid