Pengalaman Hi-Tea seperti ratu di The Verandah

Annyeong~~

Kebiasannya orang Malaysia minum petang dengan cekodok dengan teh panas, ambil pakai tangan dan makan tanpa segan silu. Lisa nak share pengalaman Hi-tea seperti ratu di The Verandah..Hah kelas gitu macam fefeeling di London kan.

Baru-baru ini Lisa dijemput oleh pihak the verandah untuk mengikuti bengkel cara menikmati hi-tea yang betul dan disesuaikan dengan gaya malaysia. Memang fun sangat bengkel ini sebab mereka ajar cara makan muffin dengan betul, minum tea, coklat dan beberapa manner semasa hi-tea. Tapi takdelah strict macam kat hotel so you guys janganlah rasa takut pula nak mengunjungi The Verandah di Atria Damansara.

Harga bagi set hi-tea juga berpatutan dan makanan sesuai dengan lidah malaysia. Kek batik pun ada tau, cekodok je takde. Aroma teh yang diimport dari Eropah menusuk kalbu dan wangi menyegarkan. Tanpa gula pun rasa sedap je teh dia. Bila tambah gula lagi naik aromanya.

Lisa pun baru je tahu rupanya ada teh yang boleh buat orang senang tidur dan ada juga teh yang membuatkan orang berjaga. Ini kerana teh juga mempunyai banyak range tersendiri dan terserah pada anda semua nak pilih yang mana satu.

Dan satu lagi, orang Eropah ini menganggap scone dan teh pasangan serasi dan mesti ada. Cara nak makan scone pun ade tau, bukan main sumbat je. Belah dua scone dan sapu cream atau jem. Buka mulut dan makan. Minum teh sebagai penutup.

Macam-macam Lisa belajar mengenai hi-tea dan akhir sekali dapat sijil. Thanks kepada The Verandah dan Keppo kerana menjemput Lisa untuk menghadiri bengkel manner hi-tea. Korang apa lagi..silalah terjah...menyesal nanti^^

Kerlas gitu tipah!

Teh Di Bawa Khas Dari Eropah

Aromanya menawan hati

Scone Snek Wajib Orang Eropah

Pasangan sejoli scone & teh

Snek yang dihidangkan kepada blogger

Kek Batik Pun Hado!

Sedapnya~~

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pakaian Ikut 4 Musim di Korea

Pengalaman sewa rumah di Korea.

Kat Mana Halal Jajangmyeon?