Posts

Showing posts from January, 2021

Pengalaman sewa rumah di Korea.

Image
  Pemandangan salji dari tingkap rumah, Disember 2017.                                                                Annyeong! Kalau korang biasa tengok Kdrama, mesti korang perasan orang Korea tekan-tekan nombor dekat tombol pintu untuk masuk ke rumah. Kebanyakan rumah mereka dilengkapi dengan pintu elektronik, dimana anda mesti memasukkan password untuk masuk ke dalam rumah. Di dalam rumah terdapat interkom untuk melihat tetamu yang datang. Macam Lisa ada telefon saja, biasalah rumah bajet rumah. Lisa nak kongsi pengalaman menyewa rumah di Incheon 4 tahun lepas. Kenapa Incheon? Sebab aku lebih selesa duduk di tempat yang kurang sesak dan sewa pun tak mahal macam di Seoul. Pintu dari dalam. Cara-cara menyewa rumah di Korea: Cari signage Budongsan ~ 부동산  (Real Estate Office). Budongsan ( 부동산)  ini adalah ejen yang akan tolong carikan rumah bersesuaian dengan bajet anda. Tak susah nak cari budongsan sebab di setiap kawasan mesti ada. Dinasihatkan anda kena tentukan lokasi yang anda nak

Pengalaman diganggu makhluk halus di bumi Korea

Image
Annyeong!! Cerita 1: Gonjiam Ghost Story Walaupun dah terlambat beberapa hari, Lisa nak ucapkan selamat tahun baru 2021. Semoga kehidupan kita tahun ini lebih bermakna dan gembira dan diharapkan pandemik Covid-19 segera menghilang dari dunia ini. Dah lebih setahun Lisa kembali semula ke tanah air selepas bertapa di bumi Kimchi untuk hampir 3 tahun. Maaflah tak sempat nak update kehidupan di Korea dan aku akan sedaya upaya untuk kongsi semula ceritaku di Korea. Insyallah. Serieslah hantu mengacau di Korea? Biar betul! Kita sebagai orang Islam haruslah mempercayai perkara-perkara ghaib ini. Syaitan dah berjanji untuk sesatkan umat manusia dan sebab itulah macam-macam jenis hantu seperti cik pon, gula-gula dan macam-macam lagi. Kali ini Lisa nak berkongsi satu cerita ketika melawat rakan yang tinggal di Gonjiam semasa cuti musim panas tahun 2017. Kalau korang try google Gonjiam, keluar artikel Haunted Asylum Gonjiam dan hospital psikatrik ini tersenarai dalam 10 tempat menakutkan di dunia