Pengalaman diganggu makhluk halus di bumi Korea
Annyeong!!
Cerita 1: Gonjiam Ghost Story
Walaupun dah terlambat beberapa hari, Lisa nak ucapkan selamat tahun baru 2021. Semoga kehidupan kita tahun ini lebih bermakna dan gembira dan diharapkan pandemik Covid-19 segera menghilang dari dunia ini.
Dah lebih setahun Lisa kembali semula ke tanah air selepas bertapa di bumi Kimchi untuk hampir 3 tahun. Maaflah tak sempat nak update kehidupan di Korea dan aku akan sedaya upaya untuk kongsi semula ceritaku di Korea. Insyallah.
Serieslah hantu mengacau di Korea? Biar betul! Kita sebagai orang Islam haruslah mempercayai perkara-perkara ghaib ini. Syaitan dah berjanji untuk sesatkan umat manusia dan sebab itulah macam-macam jenis hantu seperti cik pon, gula-gula dan macam-macam lagi.
Kali ini Lisa nak berkongsi satu cerita ketika melawat rakan yang tinggal di Gonjiam semasa cuti musim panas tahun 2017. Kalau korang try google Gonjiam, keluar artikel Haunted Asylum Gonjiam dan hospital psikatrik ini tersenarai dalam 10 tempat menakutkan di dunia oleh CNN. Hah filem Gonjiam itu memang berdasarkan kisah sebenar.
Hospital ini menempatkan pesakit jiwa dan pesakit tersebut mati secara misteri pada 10 tahun lepas sehinggalah menyebabkan hospital itu terus ditutup. Founder hospital itu juga tidak dapat dijejaki sehingga sekarang. Macam-macam teori keluar kononnya mereka dibunuh oleh orang dalam hospital itu juga. Hospital itu terbiar sehingga kini dan katanya ada hantu-hantu pesakit dalam hospital itu. Hari itu macam nak cuba juga pergi “melawat” hospital itu, tapi tak berkesempatan pula. Kena cari geng yang sama hati kental dan lagi satu kena memanjat pagar.
Okey berbalik kepada cerita asal, masa itu Lisa tumpang kejap tinggal di rumah kawan. Seingat Lisa kawan-kawan semua pergi kerja dan Lisa melepak dalam rumah itu. Pagi itu Lisa baru siap mandi sebab petang itu nak balik Seoul. Lisa memang ingat yang toiletries memang comel-comel je letak tepi tingkap. Elok je keluar dari toilet dan tutup pintu, tiba-tiba kedengaran bunyi benda jatuh dalam toilet. So, aku pun pergi masuk balik toilet nak tengok benda jatuh dan aku perasan toiletries aku dah takde. So, aku bajet mesti jatuh kat bawah tu je. Tapi bila cari-cari takde weh. Series takde!!!!!Toilet bukan besar pun, sekangkang kera je pun. Tingkap pun berjaring, celah mana pula jatuh. Tiba-tiba otak aku berfikir, entah-entah jatuh dalam mangkuk tandas?Takkanlah??? Sebab lepas guna, aku dah terbiasa dengan culture tutup semula mangkuk tandas. Bila nak mandi mestilah tutup mangkuk tandas itu. Mangkuk tandas itu tak pernah ternganga ya, sentiasa ditutup. Aku garu-garu kepala yang tak gatal. Tapi aku tak jumpa lagi toiletries aku. So, dengan jantung dub dab dub dab aku pun membuka mangkuk tandas itu secara perlahan-lahan.
Tadaa!!Betul weh toiletries aku dalam mangkuk tandas. Mujurlah tandas duduk, kalau tandas cangkung habis tersumbat! Faham-faham sajalah sistem kumbahan di Korea ini teruk weh, selalu je tersumbat. Pergghhh tetiba aku rasa seram sejuk, macam ada benda itu dekat-dekat dengan aku. Bayangkan aku baru je mandi, letak elok-elok toiletries, lepas itu keluar dan tutup pintu. Tiba-tiba ada bunyi jatuh dan kau jumpa barang mandi kau dalam mangkuk tandas. Soalannya siapakah yang membuat onar membuang barang mandian aku? Sebab aku dapat dengar bunyi jatuh dan bukannya bunyi orang buka mangkuk tandas? Tup-tup masuk toilet toiletries dah hilang. Dan hanya aku seorang dalam rumah itu???Siapa pula itu?????? Weh sumpah seram. Aku dah tak fikir apa terus cepat-cepat siap dan keluar dari rumah kawan itu. Bila fikir balik memang seram weh. Ya Allah mujurlah dia tak tunjuk muka dia, satu hal pula nak cari ustaz kat Korea ini!
Cerita 2: Ewha Gosiwon
Kisah kali ini tahun terakhir aku duduk di Korea. Masa itu musim bunga tak silap tahun 2019. Ini trip terakhir aku sebagai tourist guide sebelum bersara and back for good. Aku sewa gosiwon di kawasan Ewha University atau orang biasa panggil Edae. Aku pilih lokasi itu sebab murah, dekat subway dan betul-betul dekat kawasan shopping. Paling penting di kawasan Seoul, senang sikit aku nak pickup guest untuk tour.
Nak dipendekkan cerita, aku puasa ganti dan pagi itu nak bersahurlah. Aku keluar dari bilik dan lalu hallway ke dapur. Memang laluan itu agak seram sebab dia gosiwon lama, masih guna kayu lagi. Masa lalu itu aku dah rasa tak sedap hati, tapi aku kan hati kental so aku bedal je. Lepas sahur dan solat aku terus tidur. Tiba-tiba rasa “sesuatu” jentik kat dahi aku. Kuat gila weh. Terkejut aku. Aku terjaga dan baca surah-surah dan tidur semula. Hampeh betul hantu ini, aku dah nak balik Malaysia pun dia boleh kacau aku.
*gosiwon: sebuah bilik kecil yang menempatkan satu katil, almari dan peti ais. Bilik air dan dapur share dengan orang lain. Memang cukup-cukup untuk seorang je masuk dalam bilik ini. Aku suka gosiwon ini sebab dia khas untuk wanita sahaja. Harga sebulan pun dalam 150ribu KRW je. Nanti ada masa aku kupas lagi pasal gosiwon.
Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri! Jumpa lagi next post!!
Comments
Post a Comment