Layan BBQ sambil berjoget ala-ala Psy di Gangnam Station!


O.o..oppa Gangnam Station! Hi Kpoperz2 sekalian, y'all mesti terliur tgk depa makan BBQ daging kt citer korea kan..kan..kan?Tapi yang sedihnya mesti korang tergaru-garu mana nak cari yang halal. y'all semua boleh fefeeling Korea n makan daging BBQ bungkus dalam salad macam dorang makan dalam citer Korea kat Gangnam Station di Seksyen 13, Laman Seri Business Park, Shah Alam. Halal ker? Of course Halal Toyyiban n btw restoran ini milik Melayu, so sudah tentu kehalalan tidak diragui!Owh yeahh!

Antara menu-menu yang berjaya meloloskan ke dalam perut si pencinta makanan from 2013-2014:

BBQ Chicken Thigh

Seaweed Soup, org Korea  minum nie waktu hari jadi. Aku pula makan sebulan selepas besday, terasa loser sgt2..keke

rupa bibimguksu, sebelum di gaul brsama aka ditelan..keke

Tadaa, bibimguksu saya sedia untuk dimakan. Agak pedas sedikit. Tak habih pun makan sebab portion banyak so separuh lagi selamat ditapau :)
                             
Tekak kering makan bibimguksu yg pedas, so sup ini akan membantu makan bibimguksu dengan jayanya. Yg kt belakang tu la salad yg digunakan untuk wrapped dengan daging.
Tangan tu sekadar hiasan jerww, jgn makan pula..hehe

Banchan aka side dishes wajib ada di meja makan orang Korea. Dari atas: brokoli, kimchi, lala, radish, timun bersalut tepung n korean fish cake. (2014).Anyway timun n fish cake tu cm menu baru jer, sbb thn lepas xdak pun.
 Ini banchan yg sy mkn waktu first2 sy myinggah di restoran ini (tahun lepas)

Bibimbap, nasi campur dengan sayur-sayuran:)




Kimchi Steamboat

Ini makan ke melantak..hari tu makan daging bbq, sotong pedas, sup kalbi n bibimbap..kenyang owh yeahh

Pandangan daripada sisi hadapan

O..Oppa..oppa gangnam station..lol..muka excited makan Korean food


sup tulang rusuk yg mmuah!!

Memang puas hati makan kt sini, dengan suasana restoran yang selesa pasti akan memikat anda untuk makan lagi. Tapi yang pelik aku rasa owner die nie SUJU Bias kot, sebab hanya lagu2 SUJU yg diputarkan. SORRY Sorry, aku bukan elf! Memang merasa la korang fefeeling makan daging grilled, pastu cicah dengan 3 jenis sos, buh garlic, cili hijau, lobak n bungkus dlm salad n ready to ngapp..(sila buka mulut luas2)wakaka!

Price xde mahal sgt, standard la dlm rm18++ ke atas . Cuma daging bbq tu bermula dr harga rm60 utk spinggan (small size). Daging tu pakai aussie beef that's why a bit pricey n rasa daging yg chewy gitu2. So far amat satisfied dgn menu2 yg dimakan.

Restoran ini menyajikan sajian ala-ala authentik gitu n memfokuskan kepada makanan di daerah Busan yang memberikan kelainan dengan restoran2 korea yg halal di Malaysia. No wonder taste die pn agak berbeza sedikit.

Landmark, cari Kolej PTPL n HPA
 So, kalau korang nk fefeeling Korea, g serbu restoran nie sekarang! Till then~~good bye.

 P/S maaf dh lama xmnulis dlm BM..ampun!

#pencinta makanan


Comments

  1. Assalam. restoran ni halal certified ke? ada sijil halal yg diiktiraf?
    walaupun melayu, bahan2 mentah n ramuan2 nya dari sumber mana..?
    kena check juga.
    terimakasih.

    ReplyDelete
  2. assalam.
    anyway your posting pasal street cafe tu memang halal certified dari badan pensijilan halal yg diiktiraf oleh jakim.
    terimakasih for sharing.

    ReplyDelete
  3. wsalam. gangnam station tu halal certified from jakim n dh feature dlm jalan2 cari mkn. chef die pn prg melayu. neway street cafe br je dpt halal certified beberapa tahun lepas. insyallah halal:)

    ReplyDelete
  4. silap besar cekidaut blog u masa bulan posa T_T nanges air iur dlm mulut i~ huhu
    thanks for this post :) insyaALLAH boleh masuk dlm venue JJCM versi kpop :)

    Annyeong~ ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah..buka pose kat sini la mesti syok punya!!neway thx baca post nie

      Delete
  5. Sebagai pengusaha restoran yg berugama Islam maka tanggung-jawab menyediakan masakan yg halal terletak di bahunya. Dia akan menjawabnya dengan Allah nanti. Oleh itu kita tidak perlu was-was lagi. Yg perlu disyaki ialah restoran yg dimiliki oleh bukan Islam tapi dihiasi dgn pekerja-pekerja Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2..saya berani makan kat sini sebab pengusahanya org melayu islam. Siapa lagi nak sokong bisnes org islam kalau bukan kita kan.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pakaian Ikut 4 Musim di Korea

Pengalaman sewa rumah di Korea.

Kat Mana Halal Jajangmyeon?