Sepetang di Kuala Perlis

Hi There~~

Seperti yang dijanjikan food review kali ini adalah di Kuala Perlis. Kali ini Lisa berpeluang untuk menikmati seafood yang segar-bugar sambil dibuai2 oleh angin yg sepoi2 bahasa gitew. Plan awal konon nak tengok sunset, apakan daya cuaca yang tidak mengizinkan menyebabkan matahari tidak begitu indah untuk dihayati. So, kami teruskan sahaja untuk makan padahal perut dh kenyang kt Blackwood Cafe. Masa yang singkat menyebabkan kami mesti makan kat Kuala Perlis, kalau x menyesal wa cakap lu!

Tomyam n sotong goreng tepung adalah hidangan wajib sekiranya anda berkunjung di sini. Tidak lupa juga dengan ikan bakar yang sungguh menyelerakan. Disebabkan oleh perut yang agak kenyang, kami x order banyak pun. Lisa makan nasi, tomyam and other friends makan laksa. we all juga order sotong goreng tepung dan ikan pari bakar untuk dijadikan kudapan bersama-sama main course..gitew..

Get ready with tissue, y'all mesti drooling punyer..keke

Tomyam yang agak manis sedikit dimakan bersama sambal belacan dan tidak lupa juga dengan sotong goreng tepung.

Meriah kan dinner kami?Nampak tak ikan pari kat sana?Makanan semua best2!

In close with sotong goreng tepung. Rasa rangup dan sotong yang segar membuatkan selera makan saya bertambah.
Pencuci mulut pada hari ini, abc!
Cukup rasa ikan dan sungguh menyelerakan!
Seafood yang segar yg menunggu anda untuk dipilih.
No turning back, u must try this!
Minta maaf anda semua mesti dh drooling tgk seafood yg segar bukan? So, jgn lupa untuk singgah dinner kt sini. Memang berbaloi, dengan harga yang murah anda dapat menikmati ikan2 yg segar giteeww..Tapi kalo dtg time bln pose, pandai2 la buat reservation cuz tpt nie mjadi port baik utk berbuka puasa. Abih makan bolehlah berjemaah di masjid terapung Kuala Perlis. Masjid tu betul2 terletak atas air. Anyway kalo anda ada space byk, bolehlah mkn lokching or jagung bakar kt tepi jln before sampai ke jeti Kuala Perlis. Tapi disebabkan perut kami semua dh fully utilized kami tak dpt nk makan.

Perlis sememangnya food paradise, so sapa2 yg tgh berdiet tu doa2 lah banyak2 agar tidak tergoda n mranapkan diet anda. Tapi bagi Lisa, bukan senang nk cari masa turun Perlis, why not we makan all the food. Wakaka. Ok, itu saje ceritera mengenai kembara Lisa kt Kota Indera Kayangan ini. Kalo nk tanya apa2 leh lah komen kt bawah ini.Okay

Till then~~
#pencintamakanan!

Comments

Popular posts from this blog

Pakaian Ikut 4 Musim di Korea

Pengalaman sewa rumah di Korea.

Kat Mana Halal Jajangmyeon?