Pengalaman Menaiki Gunung Halla Jeju
Annyeonghaseyo~~
Aku tidak pernah menyangka orang gayat seperti aku boleh menakluk gunung Hallasan, gunung tertinggi di Korea. Idea asal hanya untuk melawat kawasan pergunungan Halla dan tidak ada persiapan mental dan fizikal untuk mendaki gunung tersebut.
Alkisahnya, Lisa terserempak dengan seorang dengan orang Malaysia semasa berada di Manjanggul Cave. Dia telah meracun Lisa untuk menaiki gunung bersamanya.
"Jom naik gunung esok. Cuaca sangat baik, sesuai untuk naik gunung." Katanya padaku.
Sebenarnya plan asal memang nak naik gunung pun, tetapi disebabkan Lisa solo traveller dan first timer hiker, so niat itu hanya dipendam sahaja di dalam hati. Dah ada orang ajak apa lagi jomlah! Balik ke hostel itu memang terus tanya orang hotel tentang gunung Hallasan mengenai tips-tips naik gunung dan aspek keselamatan. Dia kata okay je. So, aku pun percaya kepadanya 100 peratus tanpa memikirkan apa yang akan terjadi.
Esoknya sebelum berangkat Lisa pun tanya lagi buat last minute tentang gunung Halla kepada receptionist. Dia nampak aku pakai sneakers dan menegur bahawasanya kasut itu tidak sesuai untuk mendaki gunung dan mencadangkan untuk menyewa crampon dengan harga 5000krw. Aku pun akur sajalah sebab orang local, dia lebih tahu. Dan paling sedih, Lisa tak dapat join naik dengan orang Malaysia sebab kasut tak sesuai untuk naik trail yang susah. So, aku dinasihatkan untuk naik trail Eorimok sahaja. In the end, aku sorang2 menaiki gunung. huhuhu.
Berbekalkan air, kimbab dan roti aku bersedia untuk menawan gunung Halla. Walaupun ketinggian gunung ini sama dengan bukit dan mempunyai tangga tersedia untuk pendaki, tapi perlu berhati-hati pada musim salji kerana gunung ini akan diliputi dengan salji dan equipment seperti crampon dan stick kena ada. Takde stick pun still ok, tapi crampon wajib kena ada kerana ia akan membantu anda berjalan di atas permukaan salji yang licin.
Lisa hanya gunakan crampon dan rasa tak selesa sebab kejap-kejap crampon tu nak tercabut. So jenuh nak betulkan semula dan ia menganggu sedikit proses pendakian. Aku memulakan pendakian selama 4 jam dan ianya betul-betul mencabar mental dan fizikal. Almaklumlah, first timer dan tak buat persiapan rapi untuk mendaki. Sikit-sikit berhenti ambil gambar salji berkepul-kepul sebab jakun tak pernah tengok salji yang lebat. Sambil-sambil tu mencuri masa untuk berehat sebab semput naik gunung. Stamina tak berapa nak ada. Itu pun nasib baik ada warm up dengan mendaki Namsan kat Seoul, kalau tak terkejut badan kita!! Memang try push harder untuk terus ke puncak, kalau penat duduk je atas ais, tak fikir dah sejuk. Sebab memang penat giler untuk orang yang kurang fit seperti Lisa. Sambil2 naik tu berzikir la banyak-banyak minta dipermudahkan dan diberikan kekuatan untuk meneruskan pendakian.
Subhanallah memang indah sungguh ciptaan Tuhan ini. Mata tak berkedip-kedip memandang ciptaannya. Lensa kamera sentiasa menangkap segala sisi pemandangan bersalji di gunung. Rasa sangat release dan menenangkan jiwa sepertinya semua masalahku dibawa lari bersama angin-angin gunung. Gitew. Memang benar kata pujangga, travel salah satu pengubat depresi. Dan sebenarnya melakukan aktiviti lasak seperti mendaki gunung juga dapat release tension sebab kita melatih diri kita sabar dan mendekatkan diri kepada pencipta dengan memuji keindahan ciptaan-Nya.
Alhamdulillah setelah 4 jam bertarung nyawa di atas gunung akhirya aku berjaya menawan gunung Hallasan dengan memakai kasut sneakers berserta crampon. Kat atas puncak siap ada wifi lagi so boleh la check in untuk rujukan masa depan. Lepas berehat jap dalam 30 min, aku memulakan pendakian turun sebab nak kejar bas last pukul 6pm. So, aku kena cepat sebab ada dalam 3 jam lagi sebelum jam 6pm.
Kali ini aku memilih yeongsil trail untuk turun dan masa laluan dia lagi mencabar sebab betul-betul dengan tepi gunung, kalau silap sikit je leh jatuh gaung. Nauzubillah. Waktu nak turun cuaca dah lain macam, angin dia kemain kuat. Aku dah memang kena cepat sebab rasa tak sedap hati. Pendakian turun lebih sukar berbanding dengan naik. Waktu turun lutut tak payah nak cakaplah memang sakit. Tambah pula trek licin, ada risiko untuk tergelincir. Rasa takut sangat bila nak turun dan hati ini memang cuak. 30 min before nak sampai tetiba kaki cramped pula dan aku hampir-hampir tergelincir. Sampai saat itu aku dah terduduk atas salji dan tak mahu dah turun. Mujurlah ade ajussi tu tolong dan suruh pegang tangan dia untuk turun. Tak boleh blah sebab time nak minta tolong tu aku dok bercakap korea, "tolong kaki aku sakit." Memang epik sungguh. Padahal time emergency sepatutnya tak boleh fikir dalam bahasa lain dah. Bila fikir balik rasa lucu pun ada. Series waktu nak turun tu hampir-hampir nangis sebab aku takut jatuh bergolek. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan aku selamat turun dari Hallasan.
Bila dah atas jalan raya, aku pun dengan confidentnya cabut crampon dan berjalan atas salji yang licin. Akibatnya, terbaringlah atas jalan raya. Adui buat hal pula. So aku pakai balik crampon dan ada sorang ajumma pesan kat aku jalan atas salji yang tebal. Yang nampak licin tu sebenarnya lagi bahaya. Aku pun patuh saja pesanan dia dan itu merupakan pengalaman musim salji pertama aku. Itu yang sangat noob. Nasiblah solo traveler kan.
Aku ingat everything ok rupa-rupanya cuaca dah tak ok sebab salji lebat dan menyebabkan bas tak dapat naik atas gunung. So, aku terpaksa naik teksi dan bayar 30k untuk satu teksi. Memang pengsan la nak membayar, dahlah bajet ciput je. Sampai hostel terus tidur weh, penat nak mati. Dan rupa-rupanya start dari hari itu cuaca di Jeju memburuk dan menyebabkan airport Jeju ditutup selama 4 hari disebabkan salji lebat yang luarbiasa turun pada tahun 2016. Katanya setelah 40 tahun Jeju tak pernah lagi turun salji selebat itu. Sekali turun makaih memang terus tak boleh keluar rumah. Angin kuat giler sampai rasa nak jadi superman. Aku memang doa nak salji sekali tuhan bagi memang kaw2 punya.
Pengalaman mendaki ini menjadikan aku lebih sabar dan tabah dalam menghadapi hidup. Aku anggap ia sebagai terapi untuk menghilangkan kesakitan yang aku alami. Mungkin pada mata kalian bibir aku seringkali menguntum senyuman tapi hanya Allah tahu macam-macam aku lalui untuk tahun sebelumnya.
Tahun tersebut merupakan healing process dalam mencari kekuatan diriku yang hilang dicuri orang dan families and close friends kurang bersetuju dengan idea travel sebab badan aku baru nak recover kan. Lagipun trip ini dah dirancang setahun sudah, so rasa rugi jika tidak meneruskan trip ini.
Selesai sudah pencarian identiti hilang dan benar kata ilmuan, travel pengubat kesakitan. Doakan aku untuk terus kuat!Sesiapa yang rasa kehilangan diri dan arah hidup carilah Pencipta. Nescaya kamu akan jumpa semula jalan hidup. Lisa doakan semua yang membaca ini hidup dengan sejahtera dan aman dan sentosa.
P/s Jika anda rasa tertekan dan perlukan pendengar bolehlah menghantar emel kepada Lisa!I feel you!Kita support each other dan tolong-tolong talk to someone if you really down and need help. Benda macam ini tak boleh pendam-pendam!
Macam biasa Lisa nak payung gambar2 dan terima kasih kepada penaja kamera ini. Jasamu dikenang sepanjang hayat.^^
#tillthen
#bye
#travel
#solotraveler
#jeju2016
Saya menemukan tulisan ini saat cari-cari info tentang hallasan MT heheh, lengkap banget tulisannya sangat membantu, ini free kan Kak ?
ReplyDeleteAah free je..kena fit je^^
DeleteCantiknya view...
ReplyDeleteberapa suhu time winter tu ye?
ReplyDeletesekitar 0 celcius
Delete