Trip Indochina: Hello Phnom Penh
Phnom Penh - Siem Reap - Bangkok - Hatyai - Kuala Lumpur dalam masa empat hari.
EMPAT HARI JE??INI KERJA GILA!!!
Baca je nampak sangat tak logik dan mesti korang rasa trip ni penat kan. Sesungguhnya memang penat sangat. Nak bagitau trip gila ini dirancang last minute dan hanya berfikir selama 2 hari kami terus book tiket ke Phnom Penh. Jangan sesekali mencuba jika anda sejenis hati tisu atau kurang kental kerana trip ini memang cacamarba. HAHAHAHAH
…
DUA minggu sebelum cuti CNY, aku dengan member plan last minute plan pergi bercuti tapi tak nak naik bas. Sebab raya cina kan jammed teruk, jadi kalau boleh tak naik bas dari KL. So, aku buka apps Trip.com, search cheapest flight around the world untuk cuti CNY, tarikh 24/1/20-27/1/20 sebab member tak boleh cuti lama. Aku jumpa flight ke Phnom Penh la paling murah iaitu sekitar RM186 one-way (pada masa itu). Masa tu aku 50-50 sebab dah banyak habis duit trip Hatyai.
Setelah diskusi dan sembang kencang akhirnya member aku pun decided beli tiket bas balik dari Hatyai ke KL pada 27 Januari. Nak tak nak kena fikir nak ke mana. So, kami pun book tiket ke Phnom Penh pada 24 Jan. Sekarang tinggal nak plan ke mana tengah-tengah tu. Plan asal nak jalan-jalan area Phnom Penh (lawat Prison 21, Wat Phnom) pastu tidur kat Phnom Penh dan naik bas malam ke Siem Reap untuk lawat Angkor Wat. Lepas ke Angkor Wat terus naik bas malam ke Bangkok dan dari Bangkok naik bas malam ke Hatyai. Dah sampai Hatyai baru gerak balik ke KL. Hotel pun aku dah siap book untuk beberapa tempat yang kami singgah untuk bermalam dan selebihnya banyak tidur atas bas dengan keretapi. Tapi, dekat-dekat nak trip rancangan kami berubah dan semasa trip pun banyak itinerari kami rombak disebabkan kekangan masa untuk melawati semua tempat. Terpaksa korbankan hasrat aku nak pergi ke Penjara 21.
Hello Phnom Penh
Disebabkan last minute plan, susah nak hasut member lain untuk ikut ikut kami sebab dorang dah ada plan masing-masing. Jadi kami teruskan juga bercuti walaupun berdua sahaja. Style bercuti kami lain macam dan kami ada misi untuk dipenuhi. (Acah-acah The Amazing Race). Misi aku nak pergi ke Angkor Wat, sebab aku peminat sejarah dan benda-benda klasik dan purbakala dan aku nak berOOTD kat sana. Member aku pula dari hari tu misi keretapi dia tak tercapai. Mudah-mudahan kali ni misi terlaksana!
Ready to fly |
Flight kami jam 6.25pagi, kami dah sampai ke airport jam 4 pagi. First, check-in beg dan baru pergi breakfast. Member aku bawa CP Nasi lemak rendang dan kami panaskan makanan kat Family Mart dengan atas ihsan stafnya. Tapi sebagai seorang berbudi kenalah beli sesuatu barulah tak segan kan. Makan nasi lemak kena ada kopi baru ada umpph!
Lepas makan terus masuk ke perlepasan. Kami sangat-sangat teruja sebab nak bercuti!Macam-macam shot gambar sayap kapal terbang kami ambil sebagai kenangan. Selepas 2 jam 30 minit penerbangan kami tiba di Lapangan Terbang Phnom Penh. Kami tiba pada jam 8 pagi waktu tempatan. Benda pertama yang dicari selepas mendarat adalah internet.
Di Kemboja, ada tiga plan internet berbaloi-baloi untuk pelancong iaitu pakej 5 hari, 7 hari dan sebulan. Kami ambil plan 5 hari. Harga 3 USD je untuk unlimited data. Tapi sayangnya, phone aku tak support simcard Cambodia sebab tak update software. Jadi aku tumpang hotspot dengan member je.
Dah siap pasang simcard, bermulalah pengembaraan kami ke Kemboja. Menurut google map, ada bas dan tren untuk ke Bandar Phnom Penh dan harga sekitar 1-2 USD sahaja. Setelah jadi ayam dengan itik tanya arah untuk ke stesen keretapi, akhirnya kami jumpa juga. Malangnya, keretapi baru sahaja berlepas seminit yang lalu dan kena tunggu lagi sejam untuk tren seterusnya.
Tiket bas kami ke Siem Reap jam 11.30am dan kami tak nak bazirkan sejam untuk tunggu tren seterusnya. Kebetulan, masa tu kami terjumpa solo traveller (orang Melayu) dan kami pun kongsi tuktuk dengan dia ke Phnom Penh City. Tapi kami turun dulu di stesen Mekong Express dan harga tuktuk 5 USD untuk 2 orang.
Sepanjang naik tuktuk dari airport ke bandar Phnom Penh, aku dapat dengan dekat kehidupan orang Kemboja. Negara ini masih mundur dan keadaan ekonomi mereka masih berada pada tahap yang tidak memuaskan. Setiap hari orangnya berkerja keras membanting tulang untuk meneruskan survival kehidupan. Kita patutnya bersyukur kerana negara kita mempunyai infrastruktur terbaik. Jalan di sini masih banyak tidak berturap dan berdebu. Sebaiknya anda memakai topeng muka untuk melindungi diri anda daripada debu. (Memang nak beli tapi mask dah kehabisan stok disebabkan oleh virus Korona).
Tuktuk atau motosikal beroda tiga sangat popular di Kemboja, Thailand dan Filipina. Penduduknya masih menggunakan tuktuk sebagai hub pengangkutan utama untuk bergerak dan membawa barang-barang seharian. Aku nampak ada lelaki membawa ayam hidup, tilam, bantal dan ibu-ibu membawa barang basah menaiki tuktuk. Tanpa tuktuk, pasti sukar untuk mereka bergerak ke suatu tempat. Suatu pemandangan yang takkan dapat dilihat di negara sendiri, ibarat kembali ke zaman Malaya pasca merdeka.
Jam menunjukkan jam 10.30am dan kami ada sejam lagi sebelum menaiki van ke Siem Reap. Aku pergi ke kaunter untuk mengesahkan tiket yang telah dibeli dari online. Keadaan bus stop ini sedikit usang dan staf boleh bercakap Inggeris sedikit. Aku juga bertemu dengan beberapa backpackers dari Malaysia dan Singapura, sempat juga berbual-bual dengan mereka dang bertukar-tukar IG masing-masing.
Kalau mengikut pembacaan aku dari review dan blog ramai yang menyarankan supaya book Giant Ibis. Bas Giant Ibis selesa dan pemandunya boleh berbahasa Inggeris. Aku book last minute dengan KLOOK untuk bas Giant Ibis ke Siem Reap tetapi Klook cancel tiket sebab tiket bas dah habis. Terpaksalah aku belik tiket melalui Bookmebybus (aku jumpa masa search pasal pengangkutan di Kemboja).
Aku ada minta pandangan abang Nasir, tuktuk driver kami di Siem Reap untuk bas ke Siem Reap dan dia suggest naik Surya sebab lebih murah dari Giant Ibis. Lepas usha semua website tiket hanya ada bas Mekong Express sahaja. (Siapa suruh beli last minute). Aku baca review kat blog dan tripadvisor, ramai tak suggest untuk naik Mekong Express sebab bas buruk, tak pandai Inggeris dan banyak lagi komen negatif. Cuma ada satu je komen murni aku nampak. Aku bersedia untuk hadap sebarang benda tak best, maklumlah backpackers kan bukannya ikut pakej. Sebab aku tak puas hati baca komen-komen tak best pasal Mekong Express, aku pun tanya kat Abang Nasir dan dia kata OK je naik Mekong. Aku menarik nafas lega. Takpelah apa nak jadi, jadilah.
Rupanya bas kat Kemboja ini tak punctual sebab bas orang Melayu kami jumpa tadi pun tak sampai-sampai lagi. Janji jam 10.30 pagi tapi bas tak sampai-sampai lagi. Ada benda baru aku tahu pasal bas kat sini. Kalau bas tu ada kosong aku boleh je naik tak payah tunggu masa kat tiket. Sungguhlah pelik, kalau tahu aku pergi menyinggah kat Wat Phnom tadi. Aigoo..
Last-last semua naik bas yang sama. Aku dengan member naik seat depan dan kawan aku offer diri dia duduk di sebelah pemandu sebab bahagian di hadapan kaki pada seat tu sangat sempit, dia kurus so dia sanggup duduk kat situ.
Perjalanan dari Phnom Penh ke Siem Reap mengambil masa 8 jam. Bas berhenti 2 kali untuk ke tandas dan 20 minit makan tengahari. Aku rasa sebijik macam naik F1, sebab driver ini bawak laju weh. Laju-laju pun, member sebelah dah selamat sampai ke bulan. Hehe. Sepanjang perjalanan tu, driver aku duk tekan hon je. Aku perasan, driver akan tekan hon bila ada basikal atau motor lain berada di tengah-tengah jalan. Maksudnya basikal atau kenderaan bermotor harus berada di lane tepi, tak boleh main tengah-tengah. Ini jalan untuk kereta. Pandai je kan aku buat spekulasi, nak tanya driver haram tak tahu cakap Inggeris.
Perjalanan kami disajikan dengan pemandangan kampung dengan sawah padi terbentang, rumah-rumah kampung yang lebih kurang sama ada di Malaysia. Anak-anak kecil sibuk bermain-main di halaman rumah dan pelaja sekolah mengayuh basikal pulang ke rumah. Beberapa jam aku melihat pemandangan akhirnya aku tewas dan terus tertidur. Driver kejut masa nak pergi toilet. Aku jenis penggeli sedikit dan aku harap-harap tandas tak kotor lah. Tapi tidak kusangka tandas ini memang bersih. Jadi takdelah aku kegelian. Dah siap business teruskan lagi perjalanan yang ada berbaki 5 jam.
Sembang jap dengan member sebelum sambung tidur lagi. Hentian kedua, driver berhenti untuk makan. Tapi aku dengan member tak makan pun sebab driver bawa kat kedai tak halal. Tengok menu pun selera terbantut. Aku melahap roti je la buat alas perut. Nasib baiklah aku dah makan nasi lemak pagi tadi.
Belanja gambar:
Jumpa kawan baru. |
Brader rileks bawa ayam hidup. |
Bas ke Siem Reap |
Flight KL- Phnom Penh = RM208
Tuk-tuk ke Bandar = 2.5USD/pax
Bersambung...
Comments
Post a Comment