F.Y.I. Lunafly's Showcase in Kuala Lumpur!!
My tickets to their show!! |
Walaubagaimanapun,
populariti artis KPOP di luar negara termasuklah Malaysia mengaburi kehadiran
artis-artis Korea yang berbakat besar tetapi kurang mendapat perhatian kerana membawakan genre-genre seperti balada dan
rock yang berbeza daripada genre KPOP.
Baru-baru ini, artis
Lunafly yang didatangkan dari Korea untuk sesi Fan Meeting dan Showcase mereka
yang pertama telah mengamatkan suasana pentas di Taylor’s University, Kampus
Lakeside untuk Fan Meeting & Showcase mereka yang julung kalinya di Malaysia. Lunafly, sebuah band yang menampilkan 3 bakat besar seperti
Sam, Teo dan Yun menyanyikan beberapa lagu mereka seperti Super Hero, How Nice
Would it Be, Clear Day, Cloudy Day beberapa lagu cover version berjaya memukau
hati peminat dengan kehebatan vokal dan keunikan suara yang dimiliki oleh
mereka.
Tidak lupa juga dengan
keberanian mereka untuk menyanyikan 2 buah lagu Melayu iaitu Bila Terasa Rindu-
Dafi dan Cantik. Sebutan bahasa Melayu mereka tepat dan adakah keterlaluan jika
saya katakan cara nyanyian mereka lebih baik daripada penyanyi asal?:P
Selain itu, mereka
juga pandai berinteraksi dengan peminat dan menghafal beberapa perkataan Melayu
seperti “lah, hebatlah, kacaknya saya, terima kasih” membuatkan peminat begitu
teruja dan kagum. Dan dapat dilihat, mereka amat suka menggunakan perkataan “lah”
pada setiap penghujung ayat.
Secara peribadinya,
saya merasakan yang mereka juga perlu diberikan peluang untuk beradu
di pentas yang sama dengan artis Kpop yang lain. Ini kerana mereka ibarat
permata yang bersinar di lautan dan mampu terbang lebih jauh jika diberi
peluang!!!
Peace!
Comments
Post a Comment