Watak Tuan Joo dalam Master’s Sun mampu menobatkan So Ji Sub sebagai “Raja Romantik Komedi” di Korea
Sumber: Berita Hiburan SBS E! Diterjemahkan Oleh: Azliza Wasnin 1000 ekspresi wajah So Ji Sub yang berjaya mencuri tumpuan penonton. Sumber: SBS Eksperimentasi pertama aktor So Ji Sub dalam drama komedi romantik, Master’s Sun memukau penonton menerusi karisma dan kepelbagaian 1000 ekspresi wajah melalui watak Joo Joong Won mampu membantu beliau untuk merangkul gelaran Raja Romantik Komedi di Korea. Dalam drama ini, Joo Joong Won merupakan lelaki korporat tetapi lesu, cerewet, dingin dan menggunakan wang untuk menilai hubungannya dengan orang lain. Turut menjayakan drama ini adalah aktres wanita, Gong Hyo Jin yang memegang watak sebagai Tae Gong Shil, seorang gadis miskin, jujur dan lurus. Menerusi drama ini, So Ji Sub dilihat berani untuk keluar daripada tipikal drama melodrama tradisional yang dibawakan sebelum ini malah mampu menjiwai watak tersebut dengan begitu bersahaja. Beliau turut mempamerkan kelainan dalam lakonan dengan melakonkan 1000 ekpresi wajah