Watak Tuan Joo dalam Master’s Sun mampu menobatkan So Ji Sub sebagai “Raja Romantik Komedi” di Korea

Sumber:  Berita Hiburan SBS E! Diterjemahkan Oleh: Azliza Wasnin

1000 ekspresi wajah So Ji Sub yang berjaya mencuri tumpuan penonton. Sumber: SBS 
Eksperimentasi pertama aktor So Ji Sub dalam drama komedi romantik, Master’s Sun memukau penonton menerusi karisma dan kepelbagaian 1000 ekspresi wajah melalui watak Joo Joong Won mampu membantu beliau untuk merangkul gelaran Raja Romantik Komedi di Korea. 

Dalam drama ini, Joo Joong Won merupakan lelaki korporat tetapi lesu, cerewet, dingin dan menggunakan wang untuk menilai hubungannya dengan orang lain. Turut menjayakan drama ini adalah aktres wanita, Gong Hyo Jin yang memegang watak sebagai Tae Gong Shil, seorang gadis miskin, jujur dan lurus.

Menerusi drama ini, So Ji Sub dilihat berani untuk keluar daripada tipikal drama melodrama tradisional yang dibawakan sebelum ini malah mampu menjiwai watak tersebut dengan begitu bersahaja. Beliau turut mempamerkan kelainan dalam lakonan dengan melakonkan 1000 ekpresi wajah yang mendapat perhatian daripada orang ramai.

Beliau juga bijak dalam mengawal emosi dalam melakonkan ekpresi wajah keanak-anakan dan juga ekspresi maskulin semasa melakonkan watak tersebut.

Semasa di dalam set penggambaran, beliau seolah-olah terkejut ketika membaca 6 cerita dongeng. Bagaimanapun, So Ji Sub tetap menunjukkan riak wajah yang gembira sambil melemparkan senyuman yang ikhlas dan mesra kepada Gong Hyo Jin. 

Bagi mendalami watak tuan Joo, So Ji sub berkata kepada staf pada setiap minit penggambaran bahawa, “Tiada siapa yang dapat menandingi karisma yang dimiliki oleh Tuan Joo,” kata beliau dengan bangga.

Ekspresi komik yang dilakonkan oleh So Ji Sub merupakan faktor kejayaan drama ini. Ini kerana, ketika berada di luar kamera, beliau melakonkan ekspresi wajah Joo Joong Won serius dan lucu secara berulang-ulang kali sehingga membuatkan beliau tertawa melihat lakonannya sendiri.

Bagaimanapun, sebaik sahaja beliau masuk ke dalam set penggambaran, beliau mengambil sedikit masa untuk relaks bagi mencari emosi yang sesuai bagi menjayakan watak ini.

Sejurus sahaja penggambaran bermula, beliau mula mempamerkan sindrom presiden dan melakonkan ekspresi kebimbangan dengan ekspresi dahi berkerut sambil memegang dagunya.

Dalam memastikan kelancaran dan kesempurnaan ketika berlakon, beliau seringkali berbincang dengan staf di set penggambaran mengenai watak yang dibawa.

Walaupun penat menjalani penggambaran sehingga lewat malam, So Ji Sub mampu menceriakan staf dan pelakon dengan lawak jenakanya sehingga mengundang pertanyaan daripada staf mengenai rahsianya untuk kekal cergas.

Berkat sifat profesionalisme beliau dalam melakonkan ekspresi Joo Joong Won telah mendapat reaksi positif daripada penonton.

Berikut adalah komen yang baik yang diterima oleh penonton yang menonton drama Master’s Sun:

“Ini merupakan kali pertama So Ji Sub melakonkan ekspresi komik yang mengejutkan orang ramai,” “Ekspresi wajah hipokrit dan komik yang dilakonkan oleh So Ji Sub mengundang gelak ketawa.” “Gelaran Raja Komedi Romantik memang layak untuk So Ji Sub.” “Ini merupakan kebangkitan semula So Ji Sub.” “Karisma beliau umpama air terjun yang tenang mengalir ke dalam sungai.”

Drama bersiri Master’s Sun (skrip dihasilkan oleh Hong bersaudara) yang bersiaran setiap Rabu dan Khamis di saluran SBS telah pun melabuhkan layar pada 3 Oktober yang lalu.

P/s: Berita ini telah diterjemahkan mengikut kesesuaian konteks, lenggok bahasa, budaya dan cara penulisan berita mengikut cara Malaysia. 


Comments

Popular posts from this blog

Pakaian Ikut 4 Musim di Korea

Pengalaman sewa rumah di Korea.

Kat Mana Halal Jajangmyeon?