Ladang Moo Moo persis di New Zealand.


Annyeong..

Moo..moo. Adakah anda mempunyai impian untuk ke New Zealand dan melihat lembu hitam putih didepan mata?Menikmati pemandangan hijau yang menyegarkan mata dan membiarkan angin menyapa halus rambut anda?Jika ya, sila tempah tiket anda ke Kota Kinabalu, Sabah dan mengambil bas untuk ke Desa Cattle Farm yang terletak di Kundasang, Ranau. Tidak perlu ke luar negara lagi yeahh...

Hayati keindahan panorama hijaunya ladang ini,biarlah gambar saya bercerita...



Kehijauan yang memikat hati disamping cuaca yang sejuk memberi anda ketenangan.

Selamat datang ke ladang lembu!Mooo..


Lihatlah betapa indahnya ciptaan Allah, kabus yang menyelubungi ladang ini membuatkan kami terpesona melihatnya.



Lembu2 bergusti bagi menghiburkan tetamu2 yg datang dari jauh.hehe

Moooo..

Seronok melihat lembu2 disini bersantai.

Lembu2 dr kejauhan..

let's Mooo...

Awan berarak laju tanda hujan mau turun!

Kabus atau awan?

Wooww

Add caption



Pemandangan yang mengagumkan, sejuk mata memandang disamping cuaca yang dingin membuatkan ramai pasangan memilih untuk mengambil gambar perkhawinan disini. Caj gambar perkhawinan, kalau tak silap dalam RM300. Bagi mereka yang hanya untuk masuk dan bergambar caj serendah RM4 dikenakan kepada mereka. Wow, menarik bukan. Selepas bergambar anda boleh membeli-belah di kedai cenderamata dan jangan lupa untuk membeli susu segar dari ladang. Ada perisa coklat tau!

Cermin mata hitam juga jangan lupa dibawa, kerana panahan matahari bakal membuatkan anda tidak dapat membuka mata seluas-luasnya. Cuaca sangat sejuk kerana berdekatan dengan kawasan pergunungan.

Jika anda berkunjung ke Sabah, pastikan Ranau adalah destinasi utama anda. Banyak tempat yang boleh dilawati seperti Pines Resort, Mesilau, Poring Hot Spring, Gunung Kinabalu, Jambatan Tamparuli dan banyak lagi. Jaket harus dibawa bersama ya! 

Oh angin sampaikanlah angin bayu ku kepada lembu-lembu disana agar dia tahu aku merindui untuk datang ke ladang lembu!!Mmuahhh...

Banyak lembu,boleh pilih.pilih..hehe..

Till then~~
#kakijalan

Comments

Popular posts from this blog

Pakaian Ikut 4 Musim di Korea

Pengalaman sewa rumah di Korea.

Kat Mana Halal Jajangmyeon?