Korea bukan sekadar KPOP!
Annyeong...
Mungkin anda lebih mengenali Korea sebagai kilang pengeluar "KPOP" yang menjadi kegilaan remaja kini. Lisa juga sebagai pencinta bahasa yang meminati bahasa Korea juga tidak terlepas daripada terkena tempias tersebut.
Saya lebih mengenali dan mengagumi Korea kerana kehebatan mereka daripada segi aspek sejarah dan bahasa mereka. Lisa mengakui jatuh cinta pada Korea selepas menonton drama Korea Beautiful Days pada tahun 2001. Sejak itu, saya mula mengumpul serba sedikit info mengenai Korea kerana ketika itu Korea hanya dikenali kerana seni mempertahankan diri iaitu Taekwondo dan juga persis muka mereka yang seakan-akan cina, mata sepet dan kulit putih mulus. Selain itu mereka menjadi pilihan kerana besi yang berkualti tinggi.
Orang-orang disekeliling suka mengeji dan mengutuk Lisa belajar bahasa Korea kerana KPOP. Tapi biarlah mulut tempayan boleh ditutup mulut manusia tak boleh dizip.Haha. Lisa memang layan KPOP tapi takdelah sampai gile babeng and have bias. If people ask me who is my bias, I'll say I don't have any! I am more into K-Drama.
Berbalik semula kepada tajuk di atas, apa yang saya kagumkan bahawa mereka mempunyai tahap kerajinan yang sangat tinggi. Menurut perbualan saya dengan Mr.Kim, orang Korea sangat rajin kerana mereka tidak mahu lagi hidup di dalam kemiskinan. Saya juga ada membaca buku mengenai orang Korea yang ditulis oleh Ann Wan Seng, mereka sanggup menggadaikan apa sahaja benda berharga semata-mata untuk membangunkan negara mereka. Sungguh terharu dan begitu menyengat dihati saya. Nama buku saya dah tak ingat sangat, maybe 'rahsia perniagaan orang Korea?"..sorry dah lama baca..hehe
Jika dilihat pada sudut ekonomi, siapa sangka Korea akan bangun dan menjadi salah satu negara maju. Apa yang saya lihat mereka mempunyai kesungguhan dan daya kreativiti yang tinggi dalam membangunkan negara mereka. Lihat sahaja bagaimana mereka mengolah Kpop sebagai agen bagi menyebarkan budaya, makanan dan bahasa mereka kepada kita. Dulu-dulu, amatlah pelik sekiranya anak-anak Melayu mendengar lagu Cina namun kini lagu-lagu Kpop dilihat mampu menyatukan semua bangsa tidak kira Melayu, Cina dan India.
Mungkin ada yang melihat kumpulan KPOP seperti kumpulan picisan, rupa sama dan konsep sama. Tetapi tidak pada orang yang memahami sejarah KPOP itu sendiri. Mereka melalui proses latihan yang lama sehingga 2-7tahun dalam menyiapkan diri mereka daripada segi vokal, tarian dan imej. Kadang-kadang mereka yang bernasib baik sahaja mampu debut. Mereka sanggup mengorbankan masa muda mereka semata-mata untuk bergelar penghibur yang berkualiti. Cuma sekarang ini, konsep ini tidak lagi digunapakai kerana struktur pemasaran dalam industri Korea berubah. Mereka lebih mengutamakan konsep "mee segera" dengan mengeluarkan seberapa banyak artis Kpop tanpa meneliti tahap kualiti persembahan mereka. Lagu-lagu juga sudah kurang bermakna dan tidak berjiwa tidak seperti lagu-lagu Kpop diawal 90s dan 00.
Tidak lupa juga bagaimana mereka memasarkan tempat-tempat menarik di negara mereka melalui pengimportan drama-drama bersiri ke seluruh dunia. Pemandangan indah dan menarik serta mempesona merancakkan industri pelancongan mereka.
Tidak salah jika meminati KPOP tetapi jangan lupa pada jati diri kita. Tidak salah jika menjadikan kimchi sebagai makanan harian asalkan anda masih boleh berbahasa Melayu dan makan belacan!Ambil yang baik dan buang yang jernih!Contohi semangat mereka untuk mengubah kehidupan lalu disesuaikan dengan konteks cara hidup kita!Peace yo!
Sorry guys entri kali ini berbaur serius!Ada masa kita perlu bergelak ketawa, ada masa kita perlu serius!
Till then~~
Mungkin anda lebih mengenali Korea sebagai kilang pengeluar "KPOP" yang menjadi kegilaan remaja kini. Lisa juga sebagai pencinta bahasa yang meminati bahasa Korea juga tidak terlepas daripada terkena tempias tersebut.
Source: wattpad.com Kpop yang menjadi kegilaan remaja masa kini! |
Source: Google Drama Korea pertama yang berjaya menambat hati Lisa seterusnya menjadikan Lisa sebagai peminat tegar K-Drama.hehe |
Orang-orang disekeliling suka mengeji dan mengutuk Lisa belajar bahasa Korea kerana KPOP. Tapi biarlah mulut tempayan boleh ditutup mulut manusia tak boleh dizip.Haha. Lisa memang layan KPOP tapi takdelah sampai gile babeng and have bias. If people ask me who is my bias, I'll say I don't have any! I am more into K-Drama.
...
Jika dilihat pada sudut ekonomi, siapa sangka Korea akan bangun dan menjadi salah satu negara maju. Apa yang saya lihat mereka mempunyai kesungguhan dan daya kreativiti yang tinggi dalam membangunkan negara mereka. Lihat sahaja bagaimana mereka mengolah Kpop sebagai agen bagi menyebarkan budaya, makanan dan bahasa mereka kepada kita. Dulu-dulu, amatlah pelik sekiranya anak-anak Melayu mendengar lagu Cina namun kini lagu-lagu Kpop dilihat mampu menyatukan semua bangsa tidak kira Melayu, Cina dan India.
...
Tidak lupa juga bagaimana mereka memasarkan tempat-tempat menarik di negara mereka melalui pengimportan drama-drama bersiri ke seluruh dunia. Pemandangan indah dan menarik serta mempesona merancakkan industri pelancongan mereka.
Tidak salah jika meminati KPOP tetapi jangan lupa pada jati diri kita. Tidak salah jika menjadikan kimchi sebagai makanan harian asalkan anda masih boleh berbahasa Melayu dan makan belacan!Ambil yang baik dan buang yang jernih!Contohi semangat mereka untuk mengubah kehidupan lalu disesuaikan dengan konteks cara hidup kita!Peace yo!
Sorry guys entri kali ini berbaur serius!Ada masa kita perlu bergelak ketawa, ada masa kita perlu serius!
Till then~~
Comments
Post a Comment