Persiapan Sebelum Menggembara

Annyeong..
Once in a lifetime you should try backpacking!
Sekarang nie ramai sgt kawan2 Lisa yg berpacking di luar negara.Adakah selamat berjalan tanpa guide?Senang ker mencari makanan halal?Bagaimana hendak berkomunikasi dengan org tempatan sekiranya mereka tidak mahir dalam bahasa inggeris?Cabaran demi cabaran ini yang mematahkan semangat mereka untuk menerokai dunia tanpa penunjuk arah.

Research.
Jika anda pertama kali memilih jalan untuk berpacking, banyakkan pembacaan mengenai negara yg hendak ditujui. Baca blog2 backpackers yg lain dan dapatkan info drpd mereka. Then u r good to go.

Apa yg perlu saya bawa semasa berpacking?
Tahu keadaan cuaca di negara yg ditujui, contohnya jika negara tersebut dengan mengalami musim salji, baju sejuk wajib dibawa.

Kamera dan powerbank wajib dibawa.
Peringatan kepada kaki selfie dan kaki insta, hp bateri korang mesti cepat habis.

Lagi?Jangan lupa satu benda yg penting, universal charger wajib dibawa yer.Lain negara lain plugnyer.Tanpa universal charger, xdapatlah mengecaj gajet2 anda.

Kemas beg anda secara berhemah.
Pastikan anda mempunyai toiletries in travel size.Beli jer kat daiso n isi syampu, pencuci muka n krim ke dalam bekas itu.Jimat ruang dan senang untuk dibawa kemana-mana.

Bawa bekalan ubat2an dan kit pertolongan kemas.
Malang x berbau kan. Pastikan anda declare barang especially bila anda pergi ke negara yg mempunyai pemeriksaan imigresen yg ketat. Contoh terbaik Australia.

Bekalan Makanan!!
Mee segera, roti, coklat, serunding n ikan bilis wajib ada didalam beg anda. Pesanan kepada backpackers yg ingin menjimatkan wang dan juga mengembara ditempat yg susah nk dapatkan makanan halal.. Selalunya makanan halal dijual dengan harga yg mahal.So prepare lah diri utk mbayar makanan 2kali ganda or myb 3 kali ganda mahalnya, oleh itu kalau boleh jimat2kan duit anda dengan membawa bekalan makanan/

Lastly, banyakkan doa dan persiapan mental perlu ada. Bersedia untuk menerima kejutan semasa menerokai dunia.

Jangan pernah takut untuk menggalas beg tanpa panduan. Setiap tapak kaki kamu itu akan membuka suatu lembaran baru dalam kehidupan kamu.Teruskanlah perjalanan dan hadapinya dengan hati yang tabah.

Sekian..
#Kakijalan

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pakaian Ikut 4 Musim di Korea

Pengalaman sewa rumah di Korea.

Kat Mana Halal Jajangmyeon?