Amazing Korea: Episod 2, Part 2: Petite France, di mana impian bermula...



On ne voit bien qu'avec le cœur. L'essentiel est invisible pour les yeux. (Hanya mata hati dapat melihat sesuatu yang tidak kelihatan pada pandangan mata.) Little Prince.

Petite France di kejauhan!

Bonjour~~
Hari Kedua, Part 2, Gapyeong.

Lisa masih lagi berada di Korea. Selepas sahaja melayan perasaan kat Nami Island, Lisa teruskan perjalanan ke Petite France dengan menggunakan Gapyeong Shuttle Bus. Bas yang dinaiki untuk ke Nami Island. Petite France merupakan perkampungan Perancis dan menginspirasikan kisah Little Prince, sebuah kisah kanak2 yg terkenal dr Perancis. 

Att to Kpoperzz, Running Man, Secret Garden, Betthoven Virus dan My Love from stars pernah membuat pengambaran kat sini. Ingat lagi tak Nickhun 2PM terjun utk menangkap Running Man members?

Cintaku si Alien?Omegod!!
Apa yang menarik tentang Petite France ini, u'all akan dpt merasai feeling berada di Perancis, mempunyai peluang utk mencuba baju2 tradisional org perancis (dikenakan bayaran) serta mencari setem little prince, Lisa duk2 pusing tapi xjumpa satu pun.

Perjalanan saya dr Pulau Nami ke Petite France mengambil masa lebih kurang 40 minit. Sepanjang perjalanan Lisa disajikan dengan pemandangan yang indah. Get ready sebab jln ke situ ala2 cameron highlands sbb berbukit. But it's worth to visit.

Mari menjamu mata dengan gambar2 semasa berada di sini~~
Posing dulu before masuk!
Suasana perkampungan Perancis

"Labuci pada baju saya dijahit satu persatu oleh..xingat nama tukang jahit tu. Anyone?"

Tempat dating si alien n aweknya yg hot..

Pinggan mangkuk cap perancis. Mampu tengok jer..haha

Ini dia little prince, hero kanak2 yg femes di dunia fantasi:)

Tangga..tangga..pecah lemak I!

Suasana yang sibuk. Petite France menerima kunjungan ramai pada hari Sabtu.

Jauh aku meneropong tetap xjumpa2 prince iteww..

Setiap kanak2 mempunyai impian mereka sendiri. Kita perlu mencorakkan mereka sebaiknya untuk membantu mereka menggapai impian tersebut.

Pemandangan daripada kedai kopi.

Set penggambaran Betthoven Virus.

Teringat Nickhun pernah terjun dr sini tangkap Jae Suk n da gang!
Jenuh mencari tempat ini, akhirnya jumpa juga!
Aku telah sampai di Paris.


Pada pendapat saya, Korea ini amat mengagumi seni bina Paris dan kebanyakan kedai2 kopi di situ pun ala2 france gitew. Untuk merasai suasana di Paris, saya cuma mampu untuk ke Petite France. (Cheongdamdong Alice.)

Diilhamkan daripada sebuah kisah kanak2, Little Prince, Petite France memberikan sinar harapan kepada sesiapa yang punyai impian. Capailah impian kamu walaupun ada insan2 yg menghina kamu.

Satu pesanan saya, pakailah kasut yg bersesuaian kerana kawasan ini berbukit-bukau. Berapa kali saya turun naik bukit utk smata2 utk mencari set penggambaran Bethoven Virus.Disini saya cuma minum jus kiwi dan kopi vending machine. Kiwi juice dia kawwww giler!!Itu baru rasa buah sebenar!

Jom balik Seoul, katil saya dah menunggu tu!

till then
#kakijalan

Comments

  1. Nikhun terjun tingkap? Heee ingat2

    ReplyDelete
  2. hehhehehe..bestnya kalau pergi time depa wat shooting drama kan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pakaian Ikut 4 Musim di Korea

Pengalaman sewa rumah di Korea.

Kat Mana Halal Jajangmyeon?