Amazing Korea: Episod 4, Part 2: Cheongpyeongsa Temple, cabaran buat si pengembara.

Hello!

Selepas sahaja turun dr observatory tower kt Soyang Dam, Lisa pun mengagau mencari di mana feri utk ke Cheongpyeongsa Temple. Cari punya cari akhirnya jumpa gak. Kena turun bukit sket utk ke feri tersebut. Makaih semput la.
Feri ke Cheongpyeongsa Temple
Padan muka, lain kali tgk schedule xderlah mengagau cmnie..huhu
Sesampainya di jeti, Lisa ketuk kepala kerana melihat jadual feri tersebut. The next ferry kul 4.00pm, now baru pukul 3.05pm. Dlm beberapa minit dok fikir, nak naik ke xnak or should I just skipped this place n heading terus kt Chuncheon Animation Museum? Herm..fikir punya fikir akhirnya, Lisa memutuskan utk terus ke Cheongpyeongsa Temple. Ape nak jadi, jadi lah..hehe.

Bersedia utk pengembaraan seterusnya!
 Not 6ribu won berubah pemilik. Pergh, ini adalah kerja gile yg dibuat oleh Lisa, naik feri sorang?Giler ke ape. Ajussi tu menjemput Lisa utk masuk ke dlm feri. Masuk dlm feri buat apa?Haruslah selfie kan.

Maybe hr nie ak btuah sbb kul 3.30pm, feri tu dh bertolak ke Cheongpyeongsa Temple. Aku tersenyum riang n xsabar nk menjelajah temple tersebut.

Sejuk sgt air nie

Dah sampai!

Apa yg mbuatkan Lisa tertarik dgn temple ini adalah fairytale yg tersembunyi di sbalik temple. Kononnya puteri Maharaja Taejong fall in love with ordinary guy, bile Maharaja tu tau die buat something kt guy tu. The guy to mati n lahir semula mjadi ular dan melingkari kaki si princess tu. "aku mati pun aku takkan lepaskan mu," (2am song). Jumpa ramai bomoh segala bomoh xdpt juga leraikan rangkulan si ular tu. So Princess to diberi nasihat utk ke Cheongpyeongsa Temple utk bdoa supaya si ular tu melepaskn dia. Akhirnya ular tu berlalu pergi n meninggalkan si princess. Oleh itu temple nie menjadi gimik n mitos kpd org korea. Series bukan dekat nk p temple nie, tambahan pula jln yg berbukit bukau gitew.

Inilah princess yg dikatakan fell in love with ordinary guy!
Turun dr feri tu happy la sgt. xtahu lg malang yg mnimpa. Rupa2nya nk p temple nie memakan masa selama sejam, makaih aku menghitung detik, sempat ke nk kejar last ferry?Tepuk kepala sendiri. Tapi alang2 menyeluk pekasam biar ke sampai lengan, aku main bedal jer. Let's go on! Bring all to me!

Tapi memang tidak dinafikan view sepanjang nk p temple nie memang cantik. Udara yg nyaman n segar tanda tempat ini belum di usik lagi. Ramai juga yg bjln bsama2 dgn Lisa, tak kurang ade yg memakai kasut tinggi utk ke sini. Nampaklah muka agassi yg penuh sesal krn memakai kasut yg tdk bsesuaian dgn tmpt. Herm Lisa yg pakai kasut nie pn still sakit kaki. Penat tu terubat apa melihat keindahan semulajadi ciptaan tuhan.

Hampir sejam berjalan akhirnya Lisa sampai di Cheongpyeongsa Temple. Kelihatan tanglung yg berwarna warni menyambut kedatangan pengunjung. Gambar xbyk sgt diambil ketika berada di sini, sbb ia more on religious thing. Just amek gmbr kt luar jer.

Memang penat tapi puas kerana dpt melihat pemandangan indah diserta menghayati mitos disebalik tempat ini. Satu benda yg saya belajar drpd kisah mitos ini, kesabaran. Kuatkan hati dalam menghadapi sesuatu dan sentiasa sabar untuk mendapatkan sesuatu yang kita hajati.

Memang kesabaran itu vocab utama dlm kamus hidup si pengembara. Tanpa kesabaran, si pengembara tidak akan dpt melihat tempat yg menarik. Lisa bersabar selama 1 jam utk melihat tempat ini. 2 destinasi di Chuncheon telah dijelajahi, rehatkan diri sekejap dan ke destinasi terakhir iaitu Chuncheon Myeongdong Street, tempat pertemuan semula di antara Jung Sang n Yoo Jin (khas buat peminat Winter Sonata).

Nah silakan menjamu mata dgn gambar2 ini~~

Betapa indahnya ciptaan yang maha Esa

Rasa nak terjun jer dlm air terjun nie!

Warna warni tanglungku~~

Welcome to Cheongpyeongsa Temple!

Surat2 cinta kot..hehe

till then bye~~
#kakijalan
#hikayatcintadikotaginseng

Comments

Popular posts from this blog

Pakaian Ikut 4 Musim di Korea

Pengalaman sewa rumah di Korea.

Kat Mana Halal Jajangmyeon?