Amazing Korea: Episod 5, Part 1: Istana Deoksugung, simbol kepada reformasi!


Dalam kesibukan di kota metropolitan Seoul, istana2 lama masih berdiri dengan megah sebagai simbolik wujudnya peradaban zaman dahulu yg menjadi penaung kepada kerajaan Korea.

Istana Deoksogung memperlihatkan pertembungan diantara senibina moden dan tradisional mewarnai setiap perincian istana ini. Seperti biasa lensa kameraku tidak lekang untuk merakam senibina yang teragung ini.

Sebenarnya, Deoksugung merupakan rumah milik kerabat diraja yg dijadikan istana sementara selepas Perang Imjin (penaklukan Jepun pada tahun 1592) yang menghancurkan semua istana di Korea. Raja ke-15 menamakan Deoksugung dengan istana Gyeongungung untuk mengiktirafnya sebagai istana diraja. Sejak itu, ia digunakan oleh raja2 Joseon. Pada tahun 1897, raja ke-26 tinggal disana dan membesarkan lagi kawasan istana serta membina bangunan2 moden. Akhirnya pada tahun 1907, istana ini dinamakan semula sebagai Deoksugung.

Sumber: Visit Seoul

Istana Deoksugung, 1 April.

Pengunjung tempatan juga teruja melihat istana2 ini;

Istana yang masih gah walaupun kehadiran sang gergasi yg tinggi mencakar langit.


Pertukaran penjaga istana, 11.30 am dan 2.30pm setiap hari di Daehanmun gate. Anda juga boleh mencuba baju tradisional Korea secara percuma di sini!










Plan yg sering berubah2 di saat akhir. Selepas ini Lisa akan bergerak ke Dong Dae Mun untuk survey souvenirs!Awal benor nk shopping. See u in the next post!

#kakijalan
#hikayatcintadikotaginseng

Comments

Popular posts from this blog

Pakaian Ikut 4 Musim di Korea

Pengalaman sewa rumah di Korea.

Kat Mana Halal Jajangmyeon?