Amazing Korea: Episod 6, Part 1: Mencari Gu Jun Pyo di Yongmun English Village

Yongmun English Village, Gyeonggi-do, 2 April.

It was sunny day. Kakiku terus melangkah untuk menerokai charm of Korea. Ok, sebut sahaja Boys Over Flower, u all mesti bayangkan Gu Jun Pyo rambut kerinting yang super duper arrogant tu kan? Well hari nnie Lisa akan pergi ke Yongmun English Village, tempat shooting drama for Boys Over Flowers yang terletak di Gyeonggi-do.

Cara nak p jumpa Gun Jun Pyo:
Naik subway ke Ganbyeon Station, exit 4 dan pergi ke Dong Seoul Bus Terminal. Naik bus ke Yongmun.

Be prepared, keluar dr Subway kt Ganbyeon Station anda dh sampai ke countryside. If u dh kat countryside, kebarangkalian untuk berjumpa dengan orang yg boleh berbahasa Inggeris amatlah tipis. Tak banyak tulisan inggeris kat stesen bas. Disinilah, kegunaan bahasa Korea yang telah dipelajari.

Mula2 mengagau manalah stesen dong Seoul nie n after bertanya2 kt ajumma dia pun menunjuk ke jalan yg benar. So Lisa nak pesan, keluar dr Ganbyeon Station tu terus g exit 4, nampak je org tgh tunggu bus byk, pergi je kt die. Bus stop ke Yongmun hujung sekali, boleh beli tiket kat mana2. No worries ajumma di kaunter tiket boleh lah cakap korea sikit2.

Challenging sikit lah sebab, ajussi bus tu xpandai cakap english. You all kena tunjuk tiket bus tu kt dia, utk check betul ke bus ke Yongmun. For me I don't have problem cuz I can speak a little Korean.

"Ajussi, Yongmun kayo?" (Ini pergi ke Yongmun?)

Xpayah nak hafal panjang2, janji ade the main word, so the ajussi pun akan faham n tunjuk u all the bus. Lisa dah beli telur rebus n air utk bekalan spjg perjalanan ke Yongmun. Lebih kurang sejam nak p sana. Fefeeling mcm dlm citer korea, makan telur rebus!

Dh sampai Yongmun, Lisa sekali lagi mengagau nak cari bus ke English Village. Cuaca kat countryside agak nyaman dan sejuk sedikit berbanding di Seoul. Habis burnt kaki Lisa kat Seoul. Tengah syok berjalan2 tibe2 kaki Lisa rasa pedih sangat, rupa2nya ibu jari kaki ku berdarah akibat cuaca di Korea yang sangat kering. Herm, abih satu botol losyen dah pakai, still xde effect. I think kena pakai losyen yg rich in moisturizing.

Abih darah melekat kt my sandle. Nasib baik nampak farmasi depan mata n g la beli plaster. Sambil2 tu tanya ajumma camner nk p English Village. Dia kata jauh kalau nak jalan kaki, better naik taxi. Taxi??Bankrap ler aku!

Nak xnak, ditambah dgn kakiku dh berdarah nie, naik taxi je la. Lagipun kat sini cm banyak anjing jer, xpasal2 kena kejar anjing. Taxi driver tu sangat peramah n bersembang2 dgn Lisa dlm bahasa Korea. Siapa cerita pasal anaknya yg dh lama bcinta tapi xreti2 nak khawin..hahah aku pun layankan ajer.hehe

Kedatangan Lisa ke English Village disambut oleh oppa baju merah nie. Tegak jer berdiri kat sini. Sebelum nak masuk tu kena beli tiket kat guard. Yihuu, Lisa dpt tiket diskaun, 6000KW sahaja!Anyway u all leh dapatkan sebarnag tiket diskaun di Korea Plaza KL or grab in Korea.

Welcome to English Village!
English Village sebenarnya English camp dimana persekitaran dibuat exactly mcm kt Amerika. So, u all leh la fefeeling mcm duk kt US gitew. Siap ade airport utk mengajar murid2 cara check in semasa berada di airport. Interesting kan how they taught English. Lisa tertarik untuk g tempat2 shooting Boys Over Flower. NO worries just look at your map utk mencari si rambut kerinting itu!

Penat bercerita, meh tengok gambar la pula!

Tutup pulak time nie. So tengok dr jauh je la.

Gu Jun Pyo..where r u??

Replika State of Liberty ade kat cni..fefeeling kt NY!Wooww..

One of the shooting location!

Basikal milik Geum Jan Di.

F4 nak turun..perghhh

Tempat 4 org jejaka hensem muncul n dikejar2 oleh peminatnya.

Eh my little prince ade kat sini??

Naik taxi ke sini n balik ke Seoul!

Makan telur je,,jom cari makanan halal. My next destination is Myeongdong!c u in da next entry!

#kakijalan
#hikayatcintadikotaginseng

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pakaian Ikut 4 Musim di Korea

Pengalaman sewa rumah di Korea.

Kat Mana Halal Jajangmyeon?