Tamatnya ceritera cintaku di bumi Korea
Jakun tengok sakura! |
Perbezaan bahasa, budaya, makanan dan cuaca merupakan cabaran yang besar bagi seorang pengembara. Pasti ada sahaja cabaran yang akan datang pada setiap derap kaki yang melangkah.
Waffle nampak je pucat tapi sgt crispy okay! |
Sesat di Hongik selama 2jam. Limpahan manusia yang gemar berhibur ketika Friday night membuatkan aku sukar untuk melihat jalan, ditambah pula dengan hp mati. Terpaksa berharap kepada ihsan orang2 Korea yg padaku melayan dgn baik si pengembara. Ada sampai satu tahap apabila kepenatan menguasai diri, ingin sahaja aku duduk dan mendongak ke langit, tolong terbangkan aku semula ke Malaysia.
Fefeeling princess jap |
Cabaran ketika berperang dengan musim bunga yang berangin, mencari makanan halal antara cabaran yang dihadapi. Berpegang konsep "pandai2 hidup" amat penting utk memastikan survival semasa berada di tempat orang. Belum lagi dengan tangga2, bukit2 yg terpaksa dilalui semata2 untuk menerokai keindahan bumi Korea.
Alhamdulillah, sepanjang keberadaanku disini aku dapat merasai kehangatan yang diberikan oleh org2 Korea dan juga aku berasa selamat berjalan sorang2 disini. Jujurku katakan I feel safe in Korea compare in KL. Chewahh...
Tripod dan monopod teman setia lone ranger |
Fizikal perlu kuat semasa di tempat orang |
Aku mulai mengenali siapa diriku dan sejauh mana limit aku..terima kasih kerana memberikan peluang untuk mencabar diri sendiri. Lebih menghargai apa yangku ada dan belajar untuk mencintai diri sendiri.I love Korea..after this I can start do the write up for travelogue. Selamat tinggal Korea..harap berjumpa lagi..
#kakijalan
#hikayatcintadikotaginseng
Tahniah kerana berjaya travel seorang diri bukan senang sebenarnya. Akak Jm try jgklsh nk merasai pengalaman travel solo mesti jauh berbeza perasaan nyakan
ReplyDeleteSama2 xsangka dpt travel sorg2.feeling memang lain..huhu
ReplyDeleteWah tamat sudah. Next time pi Jeju plak eh.
ReplyDeleteYuppp mohlah kita pergi bersama2...
ReplyDeleteberaaaani nyeeee.. mak CT mesti tak lepaskan nak pi sorang T.T
ReplyDeletehentam saja labu.korea selamat:)heheeh
Delete