Amazing Korea: Episod 7: Part 3: It's Cherry Blossom Festival!

Hari pertama landing kt Korea memang nak sangat p Jinhae, sebab nak tengok keretapi lalu di bawah pepohon sakura yg tgh merimbun gitew. Oleh kerana bajet yg sgt2 tight, hasrat itu terpaksa dibatalkan. Nevermind next time Lisa memang nak p Korea lagi sekali! Perkhabaran gembira yg diterima mengenai festival cherry blossom yg dianjakkan awal drpd scheduled date membuatkan Lisa sangat gembira!!No need to go to Jinhae, even Jinhae still the best.

Cuaca sejuk, badan pun cepat lapar. Kat sini ramai benor org jual jagung rebus, besar pulak tu. Lisa pun apa lagi belilah. Sedap pula tengok sotong bakar, tapi berkira2 kos,,ehss awat mahal sangat nie. Lisa pun duduk dibawa pohon sakura untuk menikmati jagung rebus panas2 giteww sambil melihat Hangang River dr jauh. Jauh benar nk p Hangang river, kalau aku boleh naik basikal kan bagus!!Tengok je la dr jauh. Selepas selfie, amek gambar syok sendiri, so ini masanya aku harus bergerak ke tempat festival!

Lisa pun terus berjalan ke arah Hangang Park, area2 dimana festival ini berlangsung. Kelihatan reporter2 n krew MBC sedang menyiapkan utk report secara langsung. Xkira juga melihat banyak couple2 yg bersiar menikmati keindahan sakura, siap selfie dgn bunga sakura lagi. Manyak huntunglah!! Lisa p sorang2 jer, betapa losernya aku disitu!

Tak kurang juga cuaca yang betul2 mengigit tulang belikatku. I wondering kenapa cuaca hari ini begitu sejuk??Sambil berjalan sambil menggigil sabar jer lah. Padan muka sebab pakai legging! Jauh gak nak berjalan habiskan tempat nie, but sangat2 worth yer!Dah puas tengok sakura jum balik hostel!

Balik hostel konon nak tengok Three Days kt MBC, last2 tertengok MBC news. Baru tahu yg Seoul sekarang mengalami suhu serendah 3 darjah celcius. Penurunan suhu yg mendadak dan dijangka suhu akan meningkat pada minggu hadapan. Padanlah sejuk semacam jer. sebelum ni xde sejuk mcm nie. So esok n onwards jgn gatal nak pakai legging. Jumper kena pakai n wajib!

Hey ya..enjoy my pics!

Kita telah tiba di hangang river

Makan jagung dulu

Sejuk,,,

Meniti senja di hangang river

Hello!

Hangang river dr kejauhan

Welcome to Yeuido Cherry Blossom Festival 2014

Bila azalea dan sakura bertemu...

Ramainya orang

Cantik giler!1

hari dah senja, jom balik!

#kakijalan
#hikayatcintadikotaginseng

Comments

  1. Bestnya dpt tgk blooming cherry blossom....ape travel sorang? Ni yg buat nk selak blk semua entry yg ada hiksss

    ReplyDelete
  2. u xpenah p time spring ker??baru nak berjinak2 jd traveller.tau xper..xde sape nk teman g la sorg2 pun.janji dpt tgk cherry blossom:P

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pakaian Ikut 4 Musim di Korea

Pengalaman sewa rumah di Korea.

Kat Mana Halal Jajangmyeon?