Hatyai Penutup Trip Indochina
Pemandangan cantik berdekatan dengan Hatyai Cable Car Stesen Keretapi kat Hatyai Junction berdekatan dengan Restoran Rahmatullah milik abang Rusdi, jalan 6 minit dah sampai. Restoran ni bersebelahan dengan Intertop Express, pejabat tiket bas Express dari Hatyai ke Malaysia dan tour di Hatyai. Aku first time turun Hatyai guna bas Intertop dan dari sini aku kenal abang Rusdi. Pergi Hatyai hari tu pun sewa kereta dengan dia tour di Songkhla. Tiket balik ke KL kami naik bas Alisan dekat-dekat sini juga pejabat dia. Kalau korang nak guna khidmat tuk tuk atau van boleh contact abang Rusdi, boleh dipercayai. No worries dia boleh cakap Melayu. Hari ini tak banyak jalan sangat sebab kami dah pernah ke Hatyai, cuma pergi ke tempat yang tak sempat cover hari itu. Hatyai sebenarnya lebih kepada tempat makan. Kalau nak bergambar kena pergi kat area Songkhla dan banyak aktiviti boleh dilakukan macam pergi shooting range, naik kuda di Samila Beach etc. Kami book grab je untuk explor